NOTIS:
PAS bantah pelantikan Eric Paulsen
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengajak umat Islam seluruh negara menyatakan bantahan terhadap lantikan Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).
Ahmad Fadhli yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS turut memohon Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah untuk menarik balik pelantikan berkenaan.
Beliau berkata, apa jua motif dan tujuan yang ingin dicapai dengan pelantikan individu itu sama sekali tidak dapat diterima.
"Saya berpandangan umat Islam seluruhnya perlu bangkit menyatakan bantahan terhadap lantikan Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).
"Walau apa pun tujuan dan motif yang ingin dicapai, pelantikan individu yang terkenal dengan promosi dan sokongan kuat terhadap pelbagai aliran sesat serta fahaman yang merosakkan struktur sosial seperti liberalisme, humanisme, hedonisme, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks songsang ini sama sekali tidak boleh diterima.
"Kerajaan pada hari ini perlu bergerak atas norma baharu dan norma baharu yang ingin dilaksanakan ialah norma yang tidak menerima budaya songsang yang bertentangan dengan Islam untuk diletakkan di atas pentas," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Sebelum ini, Eric yang mewakili Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) antara 15 ahli MPKM yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, imej kerajaan yang sedang dipandang tinggi tidak seharusnya dirosakkan dengan tindakan 'nila setitik rosak susu sebelanga'.
"Saya mohon menteri berkenaan boleh menimbangkan tindakan untuk menarik balik pelantikan yang sangat tidak sesuai ini atau berdepan dengan kemungkinan bantahan yang kuat daripada umat Islam yang prihatin," katanya.
Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/87722/BERITA/Nasional/Pas-bantah-pelantikan-Eric-Paulsen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment