NOTIS:
Normalisasi arab dan projek merembat tebing barat
Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
[Pertama] Normalisasi
1) Secara kasarnya, normalisasi terhadap Israel ini berpunca daripada beberapa perkara; [1]
a- Dimomokkan dengan 'Regime Change'. Pemerintah negara akan diugut untuk berbaik dengan Israel sekiranya tidak, pemerintah ini akan digulingkan.
b- Dihidangkan dengan tawaran kekayaan dan tawaran keamanan. Iaitu sekiranya berkeras dengan Israel, maka negara itu akan dihuru harakan dengan 'game' mereka.
c- Tekanan politik, terhadap isu isu lama. Sekiranya tidak bermesra dengan Israel, negara itu akan diungkit dengan jenayah jenayah lama untuk dibicarakan
d- Negara negara yang sudah sedia bersama Israel akibat kepentingan kepentingan bersama yang mengkayakan kedua dua pihak antara Israel dan negara tersebut.
2) Mesir, Jordan dan Turki hakikatnya mempunyai jalinan hubungan diplomatik yang 'normal' dengan Israel. Walaupun adakalanya hubungan ini kadangkala berombak, namun masih kekal hingga ke hari ini.
Oktober 2018 menyaksikan lawatan Netanyahu atas jemputan Oman sendiri. Walaupun tiada persepakatan untuk adakan hubungan diplomatik, namun kita boleh faham bahawa ia sebagai satu isyarat normalisasi. [1]
3) Normalisasi terhadap Israel semakin berterusan sehinggalah pada Januari 2019, Chad menyambung semula hubungan dengan Israel yang telah diputuskan sejak 1972.
Pada Februari 2019, Persidangan Asia Barat yang diadakan di Poland, Netanyahu menyatakan hasrat sekiranya negara-negara Arab yang lain mengikut jejak langkah Oman yang telah normal dengan Israel tadi
[Kedua] Tebing Barat dan DOTC
1) Pada Mac 2019 Menteri Luar UAE menggalakkan supaya negara negara Arab lebih terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan Israel. Antara yang lain, Qatar juga masih mengekalkan hubungan dengan Israel yang terjalin sejak 1996. [1]
Pada Mac 2019 Amerika telah mengiktiraf Dataran Golan yang dirampas daripada Syria sebagai kawasan rasmi di bawah jajahan Israel. Hal ini telah mendapat kecaman seluruh dunia. Begitulah realiti apabila rundingan damai antara 2 negara berakhir sejak 2014
2) Secara faktanya terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Palestin di Tebing Barat yang dibahagikan kepada Kawasan A,B dan C [Gambar]
.
a- Kawasan A berada di bawah kawalan Palestin
.
b- Kawasan B ditadbir Palestin tetapi keselamatan dikawal Israel
.
c- Kawasan C dikawal sepenuhnya oleh Israel
.
Kira-kira 400,000 pendatang Yahudi tinggal di penempatan haram di Tebing Barat manakala 200,000 lagi tinggal di Baitulmaqdis Timur
3) Pada April 2019, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dengan angkuh berikrar akan merampas Kawasan C di Tebing Barat jika beliau menang dalam pilihan raya ketika itu.
Dalam satu artikel yang bertajuk 'Deal Of The Century Will Not Work' tulisan Professor As'ad Abd Rahman terbitan Gulf News pada 11 Julai 2019 menyenaraikan beberapa agenda DOTC. Antaranya, sebahagian besar Tebing Barat Palestin akan diberikan kepada Israel.
4) Pada November 2019 Liga Arab yang berpangkalan di Kaherah akan mengadakan satu mesyuarat tergempar peringkat menteri pada 25 Nov bagi membincangkan pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap petempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki.
Bahkan pada akhir 2019 juga menyaksikan bagaimana Sudan yang berjaya menggulingkan Omar Basyer pada April tahun itu, sudah mula mewujudkan hubungan normalisasi dengan Israel
[Ketiga] Merampas Tebing Barat
1) Pada Disember 2019, Benjamin Netanyahu mengumumkan pelan politik beliau bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) terhadap keputusannya mahu merampas Tebing Barat yang menerima bantahan keras negara antarabangsa.
Rancangan jahat Netanyahu tentang untuk mendapatkan pengiktirafan Amerika untuk merampas Tebing Barat diumumkan susulan kemenangan dalam pemilihan kepimpinan utama Parti Likud pada 26 Disember tahun lepas.
2) Ketika itu Netanyahu merancang untuk memuktamadkan sempadan disusuli langkah untuk menggesa AS mengiktiraf kedaulatan Israel di Lembah Jordan dan utara Laut Mati, serta menggesa Washington mengiktiraf kedaulatan ke atas seluruh komuniti di Tebing Barat tanpa pengecualian.
Israel juga akan menjalinkan perikatan pertahanan bersejarah bersama AS yang akan melindungi kebebasan tindakan Israel. Langkah seterusnya menyekat kemaraan Iran dan sekutunya dan berusaha mencapai perjanjian damai dengan negara Arab (normalisasi)
Secara faktanya, pada 2019 Israel mendapat bantuan ketenteraan bernilai AS$3.8 bilion, selain jaminan pinjaman bernilai AS$8 bilion daripada Amerika saja, khususnya melalui lobi daripada AIPAC [2]
3) Pada Januari 2020, sekali lagi Menteri Pertahanan Israel, Naftali Bennett berkata kawasan yang ditandai sebagai “Kawasan C” di Tebing Barat adalah hak milik Israel. [Gambar]
Dianggarkan 650,000 yahudi Israel menetap di lebih 100 penempatan yang dibina sejak 1967 apabila rejim itu menjajah Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Hakikatnya undang-undang antarabangsa masih melihat wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sebagai wilayah yang dijajah dan menganggap semua aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di situ sebagai haram.
[Keempat] Peace to Prosperity
.
1) Pada penghujung Januari 2020, lahirnya sebuah proposal setebal 181 halaman, yang bertajuk 'Peace To Prosperity : A Vission To Improve The Lives Of Palestinian And Israeli People' yang dilancarkan oleh Donald Trump [3]
.
Bahasa mudahnya ia adalah sebahagian gambaran yang jelas untuk menjayakan agenda Deal Of The Century. Proposal ini menggambarkan ke arah merealisasikan projek Two State Solution tidak dipersetujui oleh Palestin sejak ditubuhkan lagi.
Ini kerana ia ada plan penindasan secara halus terhadap rakyat Palestin sendiri. Nasib yang sama menimpa Proposal Trump apabila Al Jazeera ketika itu menyatakan bahawa Presiden Palestin menolak projek ini [4]
2) Antara faktor yang mungkin (bagi saya) mendorong Amerika “buat kepala” dan Israel yang banyak jual nama Amerika ialah disebabkan Peace to Prosperity yang dikemukakan oleh Donald Trump pada Januari ini kiap malap.
Antara yang membantah proposal itu ialah Kesatuan Eropah (EU) dan Liga Arab. Sebab itulah Amerika hari ini mengambil pendekatan “apa aku kesah” untuk terus meralisasikan negara Yahudi
3) Isu perangai Amerika yang bersama membackup Israel ini disifatkan oleh Richard Folk yang diterbitkan oleh al Jazeera sebagai “Gengster Geopolitik” yang disiarkan pada 13 Mei tahun ini. [5]
Apa yang terjadi hari ini apabila Amerika dan Israel berpunca daripada negara negara di sekeliling Palestin yang sudah menjadi normal dengan Israel. Masing masing semakin kecut dengan gertakan dua negara ini.
Masing masing bimbang negara sendiri diganggu (ala ala neo-realism) Apabila banyak negara sudah menjadi normal dengan penyangak itu, maka tidak pelik kalau mereka boleh ‘melanggar’ apa sahaja ketetapan.
[Kelima] Kecaman 1000 Parlimen Eropah
1) Pada Rabu baru ini, PBB telah bersidang dan melahirkan kecaman daripada negara negaranya. Lebih dari 1000 anggota parlimen Eropah mengecam rancangan Israel. [6]
Iaitu rancangan mereka untuk merembat sebahagian wilayah Tepi Barat dan Lembah Jordan yang diduduki dengan mengatakan langkah itu akan "membawa maut kepada usaha perdamaian Israel-Palestin".
2) Anggota Parlimen yang mewakili 25 negara Eropah itu mendesak para pemimpin untuk mencegah proses aneksasi dan menyelamatkan usaha sebelum ini, iaitu ke arah penyelesaian dua negara.
Secara keseluruhan, 1,080 anggota dewan negara dan Parlimen Eropah dari Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Yunani, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Poland, Portugal , Romania, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden, Switzerland, dan United Kingdom menandatangani surat itu.
3) al Jazeera melaporkan bahawa Netanyahu yakin beliau berhak merembat 30% Tepi Barat yang diduduki, yang merangkumi semua penempatan dan sebahagian besar Lembah Jordan dengan sandaran pengisytiharan Trump. [6]
Iaitu pengisytiharan ‘Peace To Prosperity’ versi Donald Trump pada awal tahun ini sepertimana yang saya nyatakan tadi. Jangkaan projek merembat sebahagian Tebing Barat itu bermula 1 Julai ini.
4) Dalam hal ini kita perlu sedar bahawa apabila banyak negara khususnya negara Arab dan negara Islam sudah mula normalisasi dengan Israel, secara tak langsung mendorong Amerika dan Israel naik kepala.
Israel memang sejak dahulu dibackup oleh Amerika yang dianggap sebagai kuasa besar, sekalipun dasar itu bertentangan dengan PBB. Hanya semata mata ingin merealisasikan projek Israel Raya melalui CUFI, AIPAC dan sebagainya.
- Khamis, 25 Jun 2020
[1] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3173267662714972/?d=n
[2] https://www.google.com/…/s/www.hmetro.com.my/node/542254/amp
[3] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3412697078772028/?d=n
[4] https://www.google.com/…/trump-unveil-israeli-plan-latest-u…
[5] https://www.aljazeera.com/…/gangster-geopolitics-israel-ann…
[6] https://www.aljazeera.com/…/european-mps-condemn-israel-ann…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment