KUALA LUMPUR: Seperti diketahui umum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa menarik perhatian umum apabila kerap menggunakan figura dan contoh-contoh mudah untuk memberi kefahaman kepada rakyat setiap kali membuat sesuatu pengumuman atau perutusan.
Semasa Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini, Muhyiddin memberi contoh bagaimana seorang wanita dengan panggilan Kak Radziah dan mendapat manfaat hasil dari Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
"Misalnya, Kak Radziah pengusaha taska di bawah pakej PRIHATIN telah mandapat manfaat daripada subsidi upah dan sebagai seorang usahawan mikro telah menerima Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000.
"Di bawah PENJANA, Kak Radziah sekarang dapat menikmati pelanjutan subsidi upah untuk 3 bulan lagi. Di samping itu, dengan pembukaan semula taska selepas PKP, Kak Radziah juga sekarang layak menerima bantuan taska sebanyak RM5,000 dan juga insentif kursus asuhan sebanyak RM900 bagi setiap pekerjanya," katanya sempena Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek di sini pada Jumaat.
Pada masa sama, beliau turut memberi contoh seorang usahawan, Datuk Lim turut mendapat manfaat daripada moratorium pinjaman bank yang membantu kelangsungan aliran tunai perniagaannya.
"Selain itu, perniagaan Datuk Lim di bawah PRIHATIN juga dikecualikan levi HRDF. Ekoran pengecualian cukai untuk pembelian rumah dan kereta di bawah PENJANA, Datuk Lim sekarang berminat untuk membeli pangsapuri dan kereta untuk anak dewasanya.
"Di samping itu, bagi menyokong mengurus perniagaannya dari rumah, Datuk Lim menikmati internet percuma bagi membuat persidangan video dan dapat pengecualian cukai pendapatan untuk pembelian laptop baharunya," tambahnya.
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kak-radziah-dan-datuk-lim-dapat-manfaat-dari-penjana-245806
No comments
Post a Comment