NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawatan PM-9 juga bukan hak mutlak Tun M



KUALA LUMPUR, 20 Syawal 1441H, Jumaat
– Isu berkenaan siapa yang lebih berhak untuk menjadi Perdana Menteri ke-9 antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin panas.

Tengah hari tadi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik menegaskan, jawatan Perdana Menteri ke-9 bukan hak mutlak Presiden PKR.

Kenyataan Maszlee dibalas dengan pedas oleh Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebentar tadi.

Nik Nazmi secara sinis berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Maszlee bahawa jawatan tersebut bukan hak mutlak Anwar dan jawatan Perdana Menteri ke-9 juga bukan hak mutlak Dr. Mahathir.

"Saya setuju dengan Dr Maszlee. Jawatan ini juga bukan hak mutlak Tun Dr Mahathir," katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook seperti dipetik Portal Suara Merdeka.

Maszlee hari ini berkata, rundingan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) haruslah tidak dengan keyakinan bahawa jawatan Perdana Menteri adalah hak mutlak Anwar.

Menurut Maszlee, tanpa Dr. Mahathir peluang untuk PH mengambil semula kerajaan adalah sangat tipis bahkan mustahil.

"Rundingan untuk ambil semula kerajaan daripada PN dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dasar nombor.

"Hakikatnya jelas, tanpa Tun Dr Mahathir, peluang untuk mengambil semula kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.

"Kalau PH hanya berharap kepada kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka sampai bila-bila pun PH tidak akan mampu melepasi angka keramat 112," katanya.

Sumber: https://ismaweb.net/2020/06/12/jawatan-pm-9-juga-bukan-hak-mutlak-tun-m/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo