NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Tiga Negara Tertinggi Dunia


Semenjak China berjaya di dalam mengekang Wabak COVID-19 lalu, maka bermula dari situlah Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara tertinggi Wabak COVID-19 di dunia. Negara polis dunia ini terkesan tinggi ada kaitan rapat dengan struktur dan sistem kesihatan yang dilihat tidak terpusat dan tanpa perkongsian padu pendekatan mengawal penularan. Ditambah lagi gaya ketua negaranya yang berkonflik dengan negara-negara lain, khususnya China yang dianggap berjaya mendepani Wabak COVID-19. Lebih teruk lagi bagi AS apabila berkonflk dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai badan kesihatan dunia yang very guided body on the COVID-19 pandemic.

Pada 22 Mei lalu, Rusia (317,554 kes) di tempat kedua diikuti Brazil (310,921 kes). Kemudian pada 24 Mei, Brazil melompat ke tempat kedua dengan jumlah 363,618 kes dan Rusia di tempat ketiga dengan jumlah 344,481 kes.

Kenapa terjadi demikian, tidak lain adalah kerana budaya hidup dan keseriusan pihak berkuasa gagal mengekang dari awal, di samping negara tersebut, khususnya Rusia mempunyai senior citizen yang ramai. Golongan ini mudah berisiko dan bergejala.

Sementara Brazil pula berhadapan dengan krisis pengurusan kesihatan agak kritikal dan tindakan lambat pihak berkuasa di dalam mengawal kehidupan sosial rakyatnya yang menyebabkan berlaku penularan agak cepat.

Dalam sebuatan mudah, tidak berlaku dari awal norma baharu yang praktikal seperti social distancing, sanitizing, mask wearing and stay at home. Malah dalam menguruskan pusat-pusat tumpuan awam seperti mall, emporium dan public services adalah agak longgar. Akibat itu, dalam masa tiga hari terakhir ini (1-3 Jun) didapati AS mengalami pertambahan kes melebihi 62 ribu, Brazil lebih 54 ribu dan Rusia lebih 17 ribu. Sementara jumlah kematian dalam masa tiga hari ini sungguh menyayat sekali - AS 2,217 kematian, Brazil 2,501 dan Rusia 360 kematian.

Bersyukurlah kita di Malaysia, sebaik sahaja TSMY menggantikan TunM sebagai ketua pentadbiran Negara, beliau serius dan disokong padu oleh pasukan perubatan yang terbaik. Hasilnya penularan Wabak COVID-19 dalam kalangan Warga Tempatan hampir terkawal sepenuhnya. Natijahnya, laporan kemaskini membuktikan penularan dan jangkitan tertinggi kebelakangan ini adalah dalam kalangan Bukan Warganegara dan penularan import.

Misalnya laporan hari ini (4 Jun), daripada 277 kes baharu dilaporkan. 2 kes adalah daripada penularan import, manakala 275 kes berlaku dalam penularan tempatan yang dalam kalangan 271 kes kalangan Bukan Warganegara dan hanya 4 kes sahaja Warga Tempatan. Tiada kematian dalam tempoh dua minggu terakhir ini. AlhamdulilLah.

Semoga Malaysia diselamatkan oleh Allah SWT, lebih-lebih lagi ketika masjid dan solat Jumaat telah dibenarkan (meskipun jumlahnya terhad kepada 4 - 40 orang termasuk imam dan makmum) - kita yakin talian doa dan zikir umat Islam bakal menjadi vaksin kerohanian mujarab mengekang Wabak COVID-19.

Ins sya Allah.

WalLahu'alam.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/06/covid-19-tiga-negara-tertinggi-dunia.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo