NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon PM dari Sabah, Sarawak bukan suatu jenaka



PN ambil iktibar, lantik mereka dalam Kabinet bukan ultra kiasu

IDEA Tun Mahathir mencalonkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, meskipun tidak disukai oleh beberapa parti komponen PH Plus seperti PKR, tidak boleh dipandang ringan. Ia juga bukan ‘suatu jenaka di abad ini’ atau ‘fantasi’.

Pada hemat saya, perkara ini perlu dilihat dengan serius oleh kerajaan hari ini yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN), agar memberikan lebih perhatian kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Perkara ini, sebelum ini, telah berkali-kali saya ingatkan, hak Bumiputera Sabah dan Sarawak perlu diberikan lebih perhatian berbanding bangsa yang lain. Namun, saranan saya masih tidak dihiraukan.

PN terus berahi dan masih lagi mengangkat ultra kiasu seperti MCA, sebagai rakan karib dengan memberikan pelbagai jawatan dalam Kabinet dan GLC, sedangkan MCA (Gerakan) kerap kali engkar dan menghina UMNO dan PAS (MN). Paling teruk, tindakan MCA, keluar daripada BN setelah BN tewas dalam PRU14. Bila MCA merasakan ada keuntungan, masuk balik BN (PN).

Apakah PN (UMNO PAS) memasangkan harapan tinggi bahawa, pada PRU15 nanti, bertambahlah pengundi Cina mengundi PN. Apakah PN beranggapan bahawa MCA benar-benar mewakili kaum Cina? Sudah lama MCA ditolak.

Jika ada sekelumit pun dalam pemikiran pimpinan PN, inilah baru betul jenaka dan fantasi.

Percayalah, ultra kiasu Cina yang majoritinya dalam DAP, MCA, Gerakan, tidak akan mengundi PN dalam PRU akan datang meskipun PN terus menjulang MCA dengan memberikan jawatan kanan menteri dan timbalan menteri serta jawatan GLC. Lebih teruk sehingga terpaksa melantik ultra kiasu ini menjadi senator bagi mengisi timbalan menteri, sedangkan ada wakil rakyat yag leibh layak.

Melantik mereka yang tidak tahu malu ini, kononnya mewakili kaum Cina, seperti memelihara biawak hidup. Majoriti Cina tidak merasakan mereka diwakili oleh MCA terutamanya.

Daripada memelihara biawak hidup ini, lebih baik PN fokuskan kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka jauh lebih layak, kerana mereka adalah peribumi. Faham atau tidak maksud peribumi? Saya bukan rasis, kerana saya sendiri adalah orang Cina. Cuma saya mahu PN berlaku adil, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan kemarukkan undi dan kuasa, yang masih daripada pasti.

Bumiputera Sabah dan Sarawak jauh lebih memahami kehidupan bernegara dan patriotik dalam menuju pembinaan negara bangsa.

Teramat jarang kedengaran Bumiputera Sabah dan Sarawak menghina Yang di-Pertuan Agong, raja-raja Melayu, bangsa Melayu dan Islam jika dibandingkan dengan ultra kiasu. Jika ada pun masih wajar.

Malah ketika raja-raja Melayu dihina oleh ultra kiasu, Bumiputera Sabah dan Sarawaklah yang bangun mempertahankan.

Persoalannya, kita tahu semua ini, kenapa tidak raikan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memberikan lebih banyak jawatan dalam Kabinet, seperti jawatan menteri dan timbalan menteri. Hatta, jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan, saya amat menyokong.

Bumipuera Sabah, Sarawak jauh lebih layak, berbanding dengan jawatan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri kepada MCA, yang bukan wakil rakyat, tetapi diberikan atas lantikan senator. Senator dilantik jawatan menteri atau timbalan menteri, adalah bukan wakil rakyat sebenar. Lebih memalukan, mereka ini adalah wakil rakyat yang kalah, ditolak rakyat.

Kecualilah jika parti Cina ini bolehkan bukti mereka diterima oleh kaum Cina, mewakili kaum Cina, sehingga nanti kaum Cina mengundi dan menyokong PN.

Saya amat terkilan sama sekali, apabila PN lebih mengutamakan MCA daripada Parti Cinta Malaysia (PCM). PCM adalah parti sebenar mewakili Cina. PCM jauh lebih menghayati sejarah bangsa negara ini dan menghormati segala perkara termaktub dalam perlembagaan. PCM jauh yang lebih mesra Melayu dan Islam, meskipun mereka turut memperjuangkan Cina. Inilah sebenar wakil kaum Cina, bukan MCA.

Kita mahukan Cina yang menghormati sejarah negara ini, Melayu dan Islam, menjunjung Perlembagaan dan menghormati raja-raja Melayu.

Kita tidak mahu Cina ultra kiasu yang saban kali membangkitkan isu-isu sensitif berkaitan Melayu, hak Melayu da Bumiputera, Islam dan raja-raja Melayu.

Kenapa saya katakan Bumiputera lebih layak dan perlu diberikan lebih banyak jawatan menteri dan timbalan menteri, bukannya parti kalah, parti biawak hidup seperti MCA?

Pertama, mereka adalah peribumi, sebab itu digelar Bumiputera, termaktub dalam Perlembagaan. Mereka bukan pendatang. Hak mereka (dan Melayu) termaktub dalam perlembagaan. Mereka lebih berhak.

Justeru, berikanlah hak kepada yang berhak. Tanpa Sabah dan Sarawak, tanah ini, bernama Tanah Melayu. Melayu kekal Tanah Melayu. Sabah Sarawak kekal peribumi.

Saya ulangi jika masih tidak faham bahawa, SABAH, SARAWAK dan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, membentuk MALAYSIA pada tahun 1963. Tidak ada nama bangsa lain selain dua ini iaitu Melayu dan Bumiputera, baharulah membentuk MALAYSIA.

Pembentukan ini telah menjadi bangsa lain terus diraikan. Nama peribumi Sabah, Sarawak dan Melayu di Tanah Melayu telah wujud sebelum negara ini didatangi oleh bangsa lain. Kenapa kita tidak perlu cuba faham perkara ini?

Pembentukan Malaysia, menjadi bangsa lain lebih diraikan dan dihormati, sehingga mereka jauh menjadi lebih kaya raya berbanding Melayu dan peribumi. Peliknya, kenapa bangsa lain tidak merasa bersyukur, malah sanggup perjuangkan dan mempertahankan ‘Malaysian Malaysia’. Ia sama sekali menafikan hak Melayu dan bumiputera.

Kedua, kajilah sejarah Bumiputera Sabah dan Sarawak, selepas pembentukan Malaysia, mereka sangat patriotik dan setia.

Mereka tidak seperti ultra kiasu yang menghasut, menggunakan slogan, Sabah for Sabahan, Sarawak for Sarawakian. Idea ini dicetuskan oleh ultra kiasu, bagi tujuan menggugat keharmonian Malaysia. Walhal ketika pembentukan Malaysia 1963 melalui perjanjian Malaysia (MA63), keadaan begitu aman dan tenteram.

Ketiga, Bumiputera Sabah dan Sarawak sangat menjunjung tinggi Perlembagaan negara, kedudukan bahasa Melayu, meskipun kedudukan bahasa Melayu tidak terpakai sepenuhnya sebagai bahasa utama, melihat kepada Perkara 20 dan 18.

Dalam keadaan begitu sekali pun, mereka begitu fasih berbahasa Melayu. Bahasa Melayu mereka berada pada tahap tinggi dan fasih.

Dalam kata lain, bahasa Melayu turut berperanan besar menyatukan suku-suku etnik di Sabah dan Sarawak. Jika Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan pertahankan bahasa etnik masing-masing yang berjumlah hampir 100 etnik, saya tidak boleh bayangkan bagaimana mereka berinteraksi. Tetapi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan semua suku etnik bumiputera telah menyatukan mereka semua.

Tidak pernah dengar sama sekali Bumiputera Sabah Sarawak meminta atau mendesak kerajaan mendirikan Sekolah Jenis Kebangsaan Iban (SJK Iban atau SJK Kadazan atau sekolah-sekolah berasaskan etnik mereka, berbanding tuntutan dan desakan menambah SJKC dan SJKT yang begitu banyak telah diberikan, walaupun Bumiputera jauh lebih layak untuk menuntut sekolah berasaskan etnik itu.

Sebagai contoh, lebih hebat lagi, Iban (Sarawak) tidak bawa cara Iban. Kadazan (Sabah) tidak bawa cara Kadazan, bila bertemu tetap berinteraksi dalam bahasa Melayu pada tahap atau skala bahasa yang begitu tinggi (baku). Begitu juga Iban (Kadazan) bertemu Iban (kadazan), masih kedengaran bahasa Melayu. Berbanding dengan ultra kiasu Cina (India) bertemu ultra kiasu Cina (India), adakah akan kedengaran bahasa Melayu. Ini baharu satu dua contoh, bayangkan jika saya contoh lebih 50 suku etnik yang lain.

Dalam kata lain, walaupun Sabah dan Sarawak, begitu jauh daripada Semenanjung, bahasa Melayu tetap disanjung dan dijunjung. Saya bertemu begitu ramai Bumiputera Sabah Sarawak yang datang bekerja di Semenanjung, bahasa Melayu mereka tidak pernah canggung,

Berbanding dengan ultra kiasu, sama ada di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Lihatlah cara percakapan wakil-wakil rakyat mereka di Parlimen. Akan kedengaran bunyi ‘bulung-bulung telebang di angkase…’ Haiya, manyak susah mahu ciakap Melayu loo.

Sebelum menutup tirai, fikir-fikirkan lagi, negeri-negeri Bumiputera ini juga, termasuk negeri majoriti Melayu, Terengganu dan Kelantan dan Kedah juga adalah periuk minyak, tetapi kekayaan minyak disalurkan ke tempat yang lebih majmuk, atas nama Persekutuan.

Malangnya, kemudian, negeri-negeri inilah yang diperlekehkan sebagai negeri terkebelakang. Terengganu dan Kelantan sedikit beruntung, kerana setanah dan tradisi budaya ilmu Islam setempat, maka dari sudut pembangunan sumber manusia mereka tidak sangat ketinggalan. Bumiputera Sabah dan Sarawak bagaimana? Fikirkanlah sayang….

Tinggalkanlah politik ulik mayang, yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat. Wakil rakyat hanya berahi dan fikirkan kawasan sendiri sahaja untuk dibangunkan, bukannya negeri dan negara secara keseluruhan. Pernahkah wakil rakyat Semenanjung memikirkan pembangunan di kawasan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Cukuplah setakat ini dahulu, saya noktahkan untuk difikirkan oleh PN supaya mengambil iktibar daripada isu calon PM daripada kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak, akan betapa perlunya mereka lebih diraikan. Paling penting, apa jua keputusan, dalam menyesuaikan dengan reality, kemajoritian Bumiputera dan Melayu (Islam) jangan sama sekali dipinggirkan, kerana terlalu kemarukkan undi ultra kiasu.

https://ismaweb.net/2020/06/29/calon-pm-dari-sabah-sarawak-bukan-suatu-jenaka/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo