KOTA KINABALU: Sebahagian kakitangan AirAsia yang diberhentikan kerja di sini menyatakan rasa kecewa mereka terhadap jumlah pampasan yang dijanjikan akan dibayar kepada mereka berdasarkan jumlah perkhidmatan dengan syarikat tersebut.
Mereka mengatakan, mereka yang diberhentikan telah diberitahu bahawa satu emel mengenai jumlah pampasan yang akan mereka terima akan dihantar dalam waktu 48 jam dari pemberitahuan penamatan perkhidmatan mereka.
Sebilangan besar dari mereka mendakwa mereka masih menunggu emel tersebut manakala sebilangan kecil mereka yang telah menerima emel merasa tidak puas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.
Beberapa masalah yang dibangkitkan berkaitan dengan pampasan adalah jumlah pampasan yang diberikan tidak mencukupi untuk tahun perkhidmatan dan ada yang mengatakan bahawa mereka dijanjikan jumlah pampasan yang berbeza dengan apa yang ditulis dalam emel.
Tetapi masalah paling penting untuk mereka ambil maklum adalah nasib mereka dan rancangan segera setelah pemberhentian kerja kerana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai keluarga untuk diberi makan, ramai yang mempunyai anak, ada yang menjadi ibu tunggal dan ada yang suami-isteri yang kedua-duanya diberhentikan.
Pada Jumaat, kira-kira 50 kakitangan AirAsia dari pelbagai sektor di sini dilihat datang seorang demi seorang untuk kali terakhir sebelum mengembalikan pakaian seragam mereka di pejabat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Mereka masing-masing menerima pemberitahuan penamatan melalui panggilan telefon dan emel bermula dua hari lepas, namun, jumlah sebenar kakitangan yang diberhentikan tidak diketahui ketika laporan ini ditulis kerana panggilan masih dibuat kepada mereka yang akan ditamatkan perkhidmatan.
Antara kakitangan yang terlibat termasuk juruterbang, kru kabin, Ejen Perkhidmatan Darat (GSA), Ejen Cargo Ramp (CRA) dan juga mereka dari jabatan kejuruteraan.
Menurut salah seorang bekas pekerja yang tidak mahu dikenali, masih ramai yang dijangka akan datang minggu depan untuk kali terakhir.
Sekumpulan kakitangan yang diberhentikan kerja, ketika dihampiri berkata kebanyakan mereka yang menerima notis pemberhentian telah bekerja dengan syarikat itu selama bertahun-tahun.
Seorang bekas pekerja berusia awal 30-an berkata beliau telah berkhidmat selama lapan tahun, ada dalam kalangan mereka yang terjejas telah berkhidmat selama 10 tahun dan beberapa lagi selama 15 tahun.
Sebelum ini, beberapa orang merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan aman di luar pejabat KKIA di mana sepasukan anggota Polis Cawangan Khas bersiap sedia setelah dimaklumkan pada jam 12.30 tengah hari tetapi bersurai beberapa jam kemudian apabila tidak ramai orang muncul.
“Ini tindakan kurang bijak. Mereka sepatutnya menyuarakan isu itu kepada Kementerian Sumber Manusia kerana tindakan tersebut boleh menjejaskan pakej pampasan yang mungkin mereka terima,” kata seorang pegawai.
Pada 4 Jun, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Berhad dilaporkan akan mengecilkan tenaga kerjanya selari dengan pengurangan operasi disebabkan pandemik Covid-19.
Pemecatan itu, dikatakan telah diumumkan oleh ketua pegawai eksekutif Riad Asmat dalam sesi taklimat dalaman, dijangka melibatkan 111 anak kapal, 172 juruterbang dan 50 jurutera di seluruh negara.
KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat seca...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment