NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tips buat minyak serai wangi


Serai Wangi banyak kat rumah ni, nak buat minyak lah....

Minyak Serai wangi (Cymbopogon nardus) (The Thailand Way)

Bahan-bahan:

2 cawan minyak masak (boleh guna minyak kelapa sawit)
1/4 cawan air
7 batang pokok serai wangi (sekali dengan daun dan akar2nya)
10-15 biji lada hitam
1 ulas bawang putih

Caranya:

Bersih dan potongkan pokok serai wangi. Ketuk serai pada bahagian tombak serai. Ketuk sedikit bawang putih dan lada hitam. Campurkan semua bahan dalam periuk. Masak dengan api perlahan. (Ambil masa lebih kurang 1 jam.) sehingga semua air kering.

Minyak ini mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai antiseptik, mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.

Selamat mencuba

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo