NOTIS:
Soalan Lazim Berkaitan Geran Khas Prihatin (GKP) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin PKS)
SOALAN LAZIM BERKAITAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN PKS)
S1: Apakah Geran Khas PRIHATIN?
J1: Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off
berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro
yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka
yang terjejas akibat wabak COVID-19.
S2: Siapakah yang layak memohon Geran Khas PRIHATIN?
J2: 1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan
- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
dan
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
S3: Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?
J3: Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar
secara one-off.
S4: Bagaimanakah memohon Geran Khas PRIHATIN?
J4: Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
Permohonan secara manual tidak akan diterima.
S5: Bilakah tarikh permohonan Geran Khas PRIHATIN bermula?
J5: Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15
Mei 2020.
S6: Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?
J6: Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu
pertama Jun 2020.
S7: Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak
Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah
saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN?
J7: Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di
borang permohonan dalam talian semasa memohon.
S8: Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?
J8: Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.
S9: Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?
J9: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun
bank mestilah aktif.
Disediakan pada 30 April 2020
Sumber: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_2.pdf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment