Apabila disenaraikan sebagai tidak layak Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atas alasan anda berdaftar dengan SSM dan SSM anda masih sah, maknanya anda layak upgrade permohonan dari RM1,600 kepada Geran RM3,000.
Ingat tak saya pernah buat status alangkah bagusnya jika bantuan diberikan kepada mereka yang berdaftar SSM? Dan kini kerajaan cuba bantu melalui perkara tersebut.
Boleh mohon jika memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :-
1) Perniagaan berdaftar dengan LHDN atau PBT atau SSM sebelum atau pada 31 Disember 2019
2) Jumlan jualan tahunan kurang RM 300,000
3) Mempunyai kurang daripada 5 pekerja (tidak termasuk pemilik)
Jika lulus, dapat lah RM 3,000 yang akan dibayar secara one off. Dapat membantu perniagaan walaupun sedikit.
Mohon sebelum 15 Mei 2020.
Bab ATAU ni ramai yang keliru. Tak perlu berdaftar dengan ketiga-tiga badan tersebut, satu pun dah cukup. Ada SSM yang masih sah, dan telah berdaftar sejak tahun lepas dah boleh mohon.
Kalau pendapatan kita yang masuk akaun bank RM500 sebulan pun boleh mohon. Kita kan peniaga kecil. Yang tak boleh mohon kalau jualan kita melebih RM300,000 setahun atau secara purata RM25,000 sebulan baru tak layak. Kalau jualan kasar kita kurang dari tu, layaklah memohon.
Biasanya kita peniaga kecil ni, kitalah boss, kitalah kuli. Kalau pekerja pun sorang dua sahaja. Kalau pekerja kita kurang dari 5 orang, maka kita layak memohon.
Jangan keliru. Ada yang ingat jualan lebih RM300,000 setahun baru boleh pohon. Ada yang ingat declare income tax ada bisnes baru boleh pohon. Tak perlu tu. Semuanya ATAU bukan DAN.
Cuma.. Cumanya MUNGKIN permohonan dan pengesahan ini menjadi satu permohonan rasmi kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ia akan menjadi satu permulaan untuk kita terus mengisytiharkan pendapatan perniagaan kita setiap tahun.
Anwar pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama KU...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment