NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perang dagang AS, China tercetus semula


BEIJING: China mengecam Amerika Syarikat (AS) menambahkan 33 firma China ke dalam senarai hitam perdagangan, langkah yang berpotensi mencetuskan risiko tindakan balas daripada Beijing kerana ketegangan antara dua ekonomi terbesar dunia semakin memburuk.

Jabatan Perdagangan AS pada Sabtu menambah senarai firma itu, yang menyekat akses kepada teknologi Amerika dan barang lain, untuk merangkumi 24 syarikat dan universiti China yang dikatakan mempunyai hubungan dengan tentera dan sembilan firma lain yang dituduh melakukan pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang.

Kementerian Luar China pada Isnin menyatakan 'sangat tidak berpuas hati' dan 'penentangan tegas' terhadap langkah berkenaan kerana ia mempertahankan tindakan kerajaan di Xinjiang, dengan mengatakan bahawa 'langkah mengatasi pengganas' telah dilaksanakan untuk mencegah pengganas dan ekstrim di sumbernya.

"Kami mendesak Amerika Syarikat untuk memperbaiki kesalahannya, menarik balik keputusan, dan berhenti mencampuri urusan dalaman China," kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian kepada wartawan.

"China akan terus mengambil semua langkah yang diperlukan untuk melindungi hak dan kepentingan sah perusahaan China dan menjaga kedaulatan nasional, keamanan dan kepentingan pembangunan," katanya.

Hubungan AS-China bertambah teruk beberapa bulan lalu, sebahagiannya susulan AS menjadi salah satu negara yang terjejas teruk oleh pandemik COVID-19, yang penularan pertama di Wuhan, China.

Kedua-dua ekonomi besar dunia itu bertelagah dalam pelbagai isu daripada perdagangan sehingga Taiwan.

Beberapa organisasi terjejas mengeluarkan kenyataan menentang senarai hitam itu, sementara penganalisis memberi amaran ketegangan berterusan antara AS dan China.

"Langkah berkenaan menandakan pemisahan teknologi AS-China 2.0 atau 2.5," kata bekas pegawai dan diplomat Kementerian Perdagangan, Zhou Xiaoming.

"Ini bukan yang terakhir dan akan ada lagi," katanya.

Qihoo 360 Technology Company Ltd, pembekal perisian keselamatan internet berkata bahawa langkah AS itu mempolitikkan perniagaan.

NetPosa Technologies,Ltd, yang mengeluarkan perakam video, berkata sekatan itu tidak memberi impak besar terhadap operasi hariannya, dengan menambah bahawa ia akan terus menjadikan rantaian bekalan tempatan.

Menteri Luar China, Wang Yi pada Ahad memberi amaran ahli politik AS mendesak hubungan kepada 'Perang Dingin baharu', kerana ahli politik AS mengecam langkah Beijing untuk mengenakan undang-undang keselamatan nasional terhadap Hong Kong. - Bloomberg

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo