NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengalaman Aidilfitri dengan norma baharu


Oleh : Mohd Shuhaimi Al Maniri

Setelah sebulan berpuasa,hari ini telah tiba 1 Syawal yang dinanti-nantikan oleh sekelian umat Islam. Saya sendiri terasa begitu teruja,meskipun dalam kesedihan kerana tidak dapat pulang ke kampong halaman beraya bersama orang tua kerana kekangan PKPB. Keterujaan ini adalah kerana didorong rasa tidak sabar untuk merasai pengalaman pertama, dan mungkin terakhir dalam hidup beraya di luar norma. Tanpa solat raya di masjid,tiada ziarah menziarahi sanak saudara,ziarah kubur dan tiada rumah terbuka.Raya kali ini kami hanya menyambut bersama anak-anak dan dua cucu.

Pengalaman yang dirasakan paling istimewa ialah apabila menunaikan solat hariraya di rumah yang diimamkan oleh anakanda yang kelima.Bertakbir dan bertahmid bersama-sama. meskipun sedih terkenangkan kampong halaman,namun mood raya tetap terasa.

Walaupun ada keinginan untuk mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai,namun kerana mematuhi arahan PKPB dan berpegang kepada slogan “Stay at Home”dan “Kita Jaga Kita”budaya saling berkunjung sudah menjadi amalan dalam masyarakat Islam pada sambutan Aidilfitri terpaksa dilupakan demi membendung wabak Covid 19.

Beraya di perantauan terasa kemeriahannya apabila pada malam raya tidak henti-henti kedengaran bunyi mercun yang entah dari mana. Walaupun terasa sedikit terganggu,namun terpaksa akur bahawa itulah salah satu tanda kemeriahan hariraya.

Meninjau keadaan kejiranan sekeliling,kebanyakannya beraya bersama-sama keluarga terdekat sahaja tanpa menerima tetamu. Ini dapat dilihat apabila tidak banyak kereta di hadapan rumah masing-masing. Melihat keadaan ini,bolehlah disimpulkan bahawa masyarakat secara umumnya patuh kepada perintah PKPB.

Yang menarik raya kali ini apabila wujud budaya baru dengan kecanggihan teknologi apabila masing-masing berjaya mewujudkan mood raya dengan menggunakan skype video, whatsapp video, zooming dan pelbagai teknologi komunikasi terkini.Dengan ini dapatlah menghilangkan kerinduan kepada kaum keluarga yang berjauhan.

Semoga wabak Covid 19 akan segera berakhir, dan tahun hadapan kita akan kembali dapat merayakan aidilfitri dalam keadaan normal biasa. Semoga kita berpeluang dan dipanjangkan umur pulang ke kampung halaman beraya bersama-sama ibubapa dan sanak saudara.Tiada lagi istilah larangan pergerakan rentas negeri,larangan menerima tetamu yang hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja dan terhad kepada 20 orang ahli keluarga terdekat.Yang penting solat hariraya aidilfitri dapat ditunaikan di masjid kerana ketika inilan kita berpeluang berjumpa dengan ramai sahabat handai yang telah sekian lama tidak bersua .

Apa pun keadaanya, semoga erti hari raya aidil fitri kita pada tahun ini, iaitu kembali ke fitrah setelah selesai menjalani ‘madrasah Ramadhan’ dapat dirasai bersama keluarga masing-masing . Semoga amalan seperti solat berjemaah,bersedekah, membaca Al-Quran dan segala amalan mulia yang telah berjaya dihidupkan sepanjang Ramadan diteruskan hingga ke bulan-bulan yang seterus.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo