NOTIS:
Kehadiran Etnik Chin Dari Myanmar : Rakyat Malaysia Perlu Tahu.
Rakyat terkejut apabila sebuah portal berita melaporkan tentang etnik Chin dari Myanmar di ibu negara. Mereka dilaporkan menghadapi masalah ketika pandemik Covid-19.
Menurut laporan berita itu, James Bawi Thang Bik, yang mengetuai Perikatan Pelarian Chin berkata terdapat lebih kurang 2,000 orang etnik ini di kawasan Pudu, Kuala Lumpur dan 1,000 dari mereka tidak memiliki sebarang dokumen kerana menunggu pendaftaran dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian ( UNHCR ). Justeru itu, kita boleh merumuskan semua mereka tidak memiliki sebarang paspot atau visa dan bergantung kepada kad UNHCR. Statistik yang dikeluarkan oleh Chin Students Association di Malaysia menunjukkan terdapat 42,710 etnik Chin di negara ini.
Sebelum ini kita dikejutkan dengan kebanjiran etnik Rohingya dan puluhan ribu warga China yang hilang di Malaysia. Kita tidak pula diberitahu tentang etnik Chin ini. Justeru itu rakyat Malaysia perlu diberitahu berapa banyak kumpulan etnik dari negara luar yang telah berjaya memasuki negara kita secara haram.
Isu ini adalah isu keselamatan negara bukan isu perkauman. Amat membimbangkan apabila begitu ramai yang berjaya membolosi sempadan negara dan kemudian berada di tengah-tengah ibu negara. Mungkin hari ini yang dapat membolosi adalah mereka yang melarikan diri dari penindasan atau kesempitan hidup tetapi di masa akan mungkin peluang ini digunakan oleh anasir-anasir yang mahu mengancam kestabilan negara kita.
Tindakan kerajaan terhadap warga asing yang disyaki tidak memiliki sebarang dokumen yang sah baru-baru ini adalah adalah dialu-alukan dan perlu dipergiatkan. Walaupun tindakan ini dikecam oleh badan-badan seperti Amnesty International namun ia perlu dilakukan demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. Mereka yang lantang itu perlu juga melihat kesan kebanjiran warga asing ini kepada rakyat Malaysia seperti di perumahan-perumahan kos rendah. Jangan hanya pandai bercakap untuk sebelah pihak sahaja.
Dato' Iskandar Abdul Samad
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyaralat Dan Perumahan ( REACH )
23 Ramadhan 1441 / 16 Mei 202
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment