SELAMA dua bulan negara dilanda Covid-19, gelora politik kembali semula di tanah air kita setelah 20 bulan sebelumnya gelora politik itu tidak henti-henti.
Wabak Covid rupanya cuti politik untuk semua. Rakyat semuanya cuti justeru kuat kuasa PKP. Orang yang bekerja, yang menganggur dan yang bersekolah semua berkurung di rumah. Menyekat tular Covid dan cuti politik.
Ketika Covid hampir pupus di Malaysia, politik kembali semula. 20 bulan sebelum cuti Covid dahulu politik bergelora demi menggantikan Perdana Menteri, Mahathir dengan DS Anwar Ibrahim. 20 bulan itu Anwar tidak sebantal dengan Mahahtir, tetapi setiap saat dalam tidur itu, Anwar hendak membuang Mahathir.
Politik pun cuti. Mahathir terbuang dari Jabatan Perdana Menteri tetapi yang menggantinya bukan Anwar yang siang malam hendak membuangnya, dia digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Burung yang di tangan Anwar terlepas, meninggalkan tahi di tangannya.
18 Mei ini Parlimen bersidang kali pertama sejak PM jatuh ke tangan orang ketiga. Tiga MP tidak termasuk Anwar mengemukakan untuk tidak percaya kepada kerajaan PM Muhyiddin. Ketiga-tiganya hendak mengembalikan Mahathir ke tangkai kuasa. Speaker terima usul Mahathir kerana dia sangka majoriti MP bersamanya.
Semua MP Pakatan Harapan sebelum Mahathir menubangkan dirinya, sangkanya masih bersamanya kecuali Muhyiddin dan Azmin Ali. Terbuangkah Muhyiddin pada hari itu? Nujum politik sejak dua dahulu sudah jawap masing-masing.
Pemikir purba Greek, Solon berkata tidak siapa tahu apa yang terjadi masa akan datang. Kedatangan Islam selepasnya memberi pencerahan, hanya Allah yang menentukan apa yang terjadi esok. Semuanya sudah tercatit dalam Kitab Loh Mahfuz.
Sudah beberapa kali Anwar dilihat menunggu saat menjadi Perdana Menteri, burung terlepas.
Pada Mahathir yakinnya lebih tinggi dari yakin Anwar jadi Perdana Menteri di masa-masa lalu dalam usul membuang Muhyiddin kali ini. Nujum Anwar tidak dipastikan. Dia tidak pernah berputus asa sejak 40 tahun lalu. Kali ini dia ikut Mahathir sahaja. Jika tumbang Muhyiddin, kembali cerah harapannya jika Mahathir sudi melepaskannya kepadanya kemudian.
Dalam tempoh cuti politik dua bulan di bawah PKP Covid ini, sekalian yang bernasib baik selapas 20 bulan BN Najib dijatuhkan telah tidak bernasib baik. Yang tinggal untuk mereka hanya elaun MP. Yang lain semua habis.
Jika undi tidak percaya itu kalah, nasib buruk berterus hingga Parlimen bubar pada PRU15 nanti. Masa depan selepas PRU15 bergantung pada tuah sahaja.
Pada undi tidak percaya ini Najib dan Zahid akan mengundi Muhyiddin. Blok Muafakat Nasional akan pertahan Muhyiddin. Ahli Bersatu jadian yang lari dari Umno tetapi beroleh nasib baik dalam kerajaan Muhyiddin tidak dipastikan akan bersama boss lamanya Mahathir. Ahli asli Bersatu MPnya berapa orang sangat. Masakan Muhyiddin yang bersama Perikatan Nasional.
Kita tidak tahu yang tercatit di Loh Mahfuz. Adakah masing-masing mengulangi tuah 20 bulan bersama PH dahulu?
Akan tetapi apa nasib yang bertuah semasa PKP? Dua bulan sahajakah jadi menteri dan pengerusi GLC?
Para nujum semuanya siap dengan nujumnya. Usah kali ini menyatakan dapatannya. Tunggu sahaja 18 Mei. Siapa yang kedepan antara yang cuti kerana Covid dan yang cuti kerana politik? Orang lebih suka memikirkan cuti gara-gara Covid dari politik. Yang berpolitik hanya yang tidak putus asa.
KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat seca...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment