NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guru Murabbi



Guru
Sedarkah dirimu
Bak Obor yang menerangi
Gelap dunia, cerah dengan ilmu

Titik peluhmu
Mendidik generasi bermutu
Emosi tercabar ragam muridmu
Namun sabar tanggung pilu

Guru
Niatkan sahaja setiap keringatmu
Di jalan Allah mohon restu
Tatkala buntu angkat tanganmu

'izzah seorang guru
Amal jariah ramai yang cemburu
Maralah guru
Langkah tangkas mu perlu

Mendidik dunia dari celaru,
Jahiliyyah sudah terjah ke kalbu,
Insan gersang ilmu,
Tak kenal Sang Pencipta yang mana satu

Maralah guru,
Jangan segan silu,
Bangkitlah wahai guru,
Jasamu amat perlu...

Bukan sekadar 'copy paste' ilmu
Kerana Mr Google pun mampu
Tetapi didiklah insan segenap kalbu
Agar mengerti yang nyata dan luar jangkauan pancaindera yang kelabu

Berjaya dunia,akhirat di tuju
Nikmat ta'bud ramai keliru
Maralah guru tambahkan ilmu,
Pastikan 'Learnable' boleh dipelajari ilmu-kemahiranmu,
'Teachable', dirimu boleh sentiasa menambah ilmu

Jadilah Murabbi wahai guru.

Selamat Hari Guru

Terima kasih, Cikgu.šŸ’


Dr Halimah Ali
Pengerusi
Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Islam Selangor
16 Mei 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo