NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ghazwah Badar Al Kubra : Siapakan yang telah membunuh Abu Jahal?

oleh: Muhammad Nazim Abdullah

Ketika Sahabat Abdul Rahman Bin Auf sedang berada di dalam saf Peperangan Badar, beliau melihat ada dua orang anak remaja sedang berdiri di depan kiri dan kanannya.

Abdul Rahman Bin Auf bimbang tentang keselamatan anak-anak remaja tersebut.

Lalu salah seorang daripada datang bertanya kepadanya, "Wahai Pak Cik , tunjukkan kepadaku, yang mana satu Abu Jahal?"

Sambil berpesan supaya merahsiakannya pertanyaan itu dari kawannya seorang lagi.

Tanya Abdul Rahman Bin Auf,  "Anakku! Apa yang hendak kamu lakukan terhadap nya?".

Lalu jawab anak remaja itu,

"Aku dengar Abu Jahal selalu memaki Rasulullah SAW. Demi Tuhan yang nyawa ku di tanganNya, sekiranya aku ternampak dia, aku tidak akan berenggang darinya, kecuali kematian sahaja yang akan meragut mana- mana satu lebih segera ajalnya."

Abdul Rahman Bin Auf berasa hairan dengan sikap anak remaja tersebut.

Kemudian dia berpaling ke arah anak remaja seorang lagi, dilihat anak remaja itu memberi isyarat seperti pertanyaan seolah- olah bertanyakan yang mana satu Abu Jahal.

Lalu Abdul Rahman Bin Auf terus memandang ke arah Abu Jahal yang terkial-kial di tengah gerombolan tentera- tentera yang sedang berperang.

Abdul Rahman Bin Auf berkata kepada mereka berdua, " Kamu lihat tak? Itulah dia Abu Jahal yang kamu tanyakan tadi.

Kedua- dua anak remaja itu terus menerkam dengan pedang ke arah Abu Jahal sehingga menerbangkan nyawa Abu Jahal.

Kemudian mereka pergi menemui Rasulullah SAW dan memberitahu Baginda SAW tentang kematian Abu Jahal tersebut, lantas Rasulullah SAW bertanya kepada mereka,

"Siapa di antara kamu yang membunuhnya?"

 Jawab salah seorang dari mereka,

"Saya Ya Rasulullah".

Tanya Baginda SAW lagi, "Apakah kamu telah mengesat pedang kamu?"

Jawab mereka, "Tidak"

Rasulullah SAW pun melihat kepada kedua- dua pedang mereka , maka kata Rasulullah SAW, " Ya , kedua- dua kamulah yang membunuhnya".

Selesai sahaja peperangan tersebut Rasulullah SAW pun menyerahkan ghanimah peperangan kepada kedua-dua anak remaja tersebut, mereka itu ialah: Muaz Bin Amru Bin Al Jumahi dan Muawwiz Bin Afra' Al Haaris.

šŸ“Œ Menurut Riwayat Ibnu Ishaq pula, ketika mereka berdua sedang bergelut untuk membunuh Abu Jahal, Ikrimah , anak Abu Jahal telah menetak tangan Muawwiz Bin Afra' dengan pedangnya sehingga terkulai tangan sebelahnya yang masih tersangkut dengan kulitnya.

Ini sungguh menyeksakannya, sepanjang pergelutan ini berlaku, ia mengheret tangannya yang terkulai tersebut.

Apabila Muawwiz terasa ia amat membebankan, lalu dipijaknya tangan yang terkulai tersebut hingga putus dari badannya...

Allahu Akbar!!

Beliau terus menyerang dan membantai Abu Jahal dengan pedang nya sehingga jatuh terhumban dan meninggalkan Abu Jahal dalam keadaan nyawa ikan.

Muawwiz terus berperang sehinggalah beliau gugur Syahid di Medan Badar tersebut... MasyaAllah...

#anak -anak remaja yang tidak takut gugur Syahid di Medan jihad..
#mereka sangat menyayangi Rasulullah SAW...

Sumber: https://www.facebook.com/muhammad.n.abdullah.5/posts/3344002795609817

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo