NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dap bakal kembali perintah negara dan berkuasa semula dalam negara - punca segelintir pemimpin Umno


oleh: Dato' Azwanddin Hamzah
2 Mei 2020/10 Ramadan 1441h

BARU berusia lebih 2 bulan, Kerajaan Perikatan Nasional sudah mula nampak
goyah dalam 'ikatan' mereka dan menunggu masa untuk terlerai.

Jika ikatan ini terlerai, maka bersiap sedialah orang Melayu bahawa kita sekali lagi akan diperintah oleh Bangsa DAP!

Mana tidaknya, kepercayaan yang sudah diberikan majoriti rakyat kepada
Perikatan Nasional untu menyelamatkan negara daripada dirosakkan Bangsa DAP kini sudah mula dikhianati.

Ini kerana ada pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab cuba
mengkhianati perikatan ini hanya kerana tidak mendapat kedudukan atau diberikan jawatan.

Lebih menjijikkan lagi, pengkhianatan ini berlaku dalam kalangan segelintir pemimpin UMNO sendiri antara puak tidak berjawatan dan mereka yang berjawatan.

Jika dibiarkan berlarutan, situasi ini akhirnya akan merugikan kepada oranag melayu dan Perikatan Nasional itu sendiri yang sudah mendapat momentum baik dan mula diterima kebanyakan rakyat.

Rakyat sanggup menerima Perikatan Nasional kerana sebelum ini UMNO Dan PAS sering bercakap untuk menyatukan orang Melayu dan menolak DAP!

Malah dengan langkah yang mapan menangani Covid-19 juga berjaya mencuit hati rakyat Malaysia untuk terus menerima kerajaan yang kononya digelar Kerajaan Pintu Belakang ini.

Tetapi akhirnya apa yang sudah jadi? Kalangan UMNO ini sendiri yang
berperangai lebih khianat daripada Bangsa DAP kerana tamakkan Jawatan dan kedudukan.

Apakah UMNO sudah lupa bagaimana mereka dimalukan pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14)?

Apakah UMNO lupa bahawa mereka berada dalam Perikatan Nasional
bukannya menerusi PRU, tetapi atas ihsan majoriti rakyat yang sudah serik
dengan pentabdiran DAP selama 22 bulan.

Tetapi suara-suara sumbang semakin rancak mengatur gerakan sama ada
secara terang-terangan atau bergerak di belakang tadbir untuk mendapatkan
kuasa, sekali gus mengkhianati kerjasama politik Islam-Melayu dalam Perikatan Nasional!

Tidak perlu saya sebutkan nama pemimpin-pemimpin ini tatapi ia kan saya lakukan jika mereka terus khianat kepada umat islam dan orang melayu, kerana rakyat sendiri boleh menilai situasi politik semasa negara walaupun kita sibuk berjuang menentang Covid-19.

Mungkin mereka fikir rakyat alpa dengan Covid-19 dan tidak sedar tentang percaturan jijik beberapa pemimpin umno sedang mengerakan untuk mengkhianati bangsa sendiri!

Oleh itu, saya mahu mengingatkan pemimpin Perikatan Nasional terutamanya UMNO supaya berpegang kepada amanah dan tanggungjawab yang sudah diberikan rakyat.

Renung kembali saat bagaimana UMNO dihukum oleh rakyat pada PRU14.

Kembalilah kepada perjuangan asal iaitu mahu menyatukan pemimpin melayu dan memperkasakan orang Melayu Islam, dan usah berlaku khianat lagi hanya kerana jawatan.

Ingatlah, jika sekali lagi rakyat menolak anda, maka tiada lagi peluang yang akan diberikan untuk kali kedua Dan kamu pernah kalah Kerana rakyat menolak tidak mustahil akan ditolak sekali lagi itu lebih mudah kepada rakyat

Bangsa DAP yang kan tersenyum akhirnya kerana tidak perlu membazir tenaga dan masa memecahbelahkan orang Melayu kerana sifat khianat segelintir pemimpin kita ada dalam bangsa kita sendiri.

Jadikanlah bulan Ramadan yang mulia ini untuk kita muhasabah diri dan menahan diri daripada dahagakan kuasa yang hanya bersifat sementara.

Jujur dan Amanah Satu Perjuangan.

***Dato' Azwanddin Hamzah, ialah Presiden Jaringan Melayu Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo