NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 telah menyebabkan ekonomi digital dipercepatkan - Alibaba


KUALA LUMPUR, 8 Mei -- Pandemik COVID-19 akan mempercepatkan langkah syarikat terutamanya mikro, kecil dan sederhana (MSME) ke arah ekonomi digital, kata Alibaba Group.

Naib Presiden Global Initiatives Global Brian Wong berkata syarikat teknologi yang mahir dalam digital, platform super dan Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) masih boleh memberikan perkhidmatan kepada MSME dan pengguna semasa wabak COVID-19.

"Rantaian bekalan menjadi lebih kepelbagaian dan diperkemas, dan ekonomi digital termasuk e-dagang, pembayaran tanpa tunai dan penghantaran tanpa sentuhan menjadi ekonomi arus perdana," kata Wong pada sesi webinar e-Dagang Expo (eDX), di sini hari ini.

Beliau berkata lebih banyak syarikat akan menerapkan persekitaran kerja yang pintar, sementara pendidikan dan latihan akan terus bergerak dalam talian pada masa yang terdekat.

Wong berkata strategi perniagaan Alibaba dalam peperangan melawan COVID-19 akan turut merangkumi memanfaatkan ekosistem Alibaba dan membantu perniagaan mengatasi krisis tersebut.

Ia juga akan menumpukan perhatian kepada menyelamatkan nyawa dan memberikan perkhidmatan perubatan kritikal, menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menyokong keperluan penting dalam masyarakat serta membawa tenaga positif kepada masyarakat.

Sementara itu, dalam sesi webinar berasingan hari ini, Pos Malaysia Bhd memperkenalkan penyelesaian e-dagang terbaharu kepada pengguna dalam persekitaran COVID-19 - “SendParcel by Pos Laju”, platform dalam talian prabayar untuk memeriksa kadar pembayaran Pos Laju dan memesan penghantaran.

Pos Laju SendParcel ialah sebuah platform online prabayar untuk memeriksa kadar bayaran Pos Laju dan menempah penghantaran.

Terdapat lapan pakej-pakej tersedia yang disertakan dengan kadar berpatutan dan faedah yang menarik.

Pengguna hanya bayar secara langsung atau tambah nilai melalui perbankan internet atau kad kredit, tempahan termasuk pengambilan atau penghantaran di touch point yang berdekatan.

Selain itu, Nota Kiriman Digital (Digital Consignment Note) akan dikeluarkan sebaik pesanan dalam talian dan bayaran dibuat, pengguna hanya perlu cetak nota kiriman itu dan lekatkan di parcel.

SendParcel menawarkan harga yang telus, tiada caj terselindung, sistem dalam taliannnya mesra pengguna, ia beroperasi 24 jam sehari.

“Tidak perlu menulis, hanya menaip di borang secara dalam talian, bayar dan cetak, Tiada kontrak dan tiada komitmen dan jumlah minimum. SendParcel mempunyai ciri-ciri Track and Trace serta Insurans, kata seorang jurucakap Pos Malaysia.

Sementara itu, perkhidmatan Drop Off Service SendParcel memberikan pengguna flexibility apabila memerlukannya.

“Hantar bungkusan anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda suka di rangkaian lokasi nasional kami sama ada di Pusat Pos Laju, pejabat pos, kiosk, pandu lalu ataupun di parcel locker,” katanya.

eDX adalah inisiatif adalalah yang pertama seumpamanya bertujuan untuk melibatkan diri dengan perniagaan di seluruh negara.

eDX akan menganjurkan satu siri sesi webinar secara percuma dan panelis akan menyentuh topik utama, petua dan tunjuk ajar dalam perdagangan e-dagang dan kisah kejayaan yang memberi inspirasi.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo