NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukankah pemilihan Perdana Menteri Muhyiddin disahkan Agong?



11/May/2020

SEDANG Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan pimpinannya, Perikatan Nasional (PN) bertungkus-lumus berusaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat yang dilanda pandemic Covid-19, negara dikejutkan pula oleh tindakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Usul tersebut diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan kemungkinan akan dibawa kepada Persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini.

Sebagai sebuah NGO Melayu-Islam, Pertubuhan Gerakan QIAM (QIAM) yang diketuai ketua sektor politiknya, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar menyuarakan rasa dukacita di atas tindakan Dr Mahathir yang cuba mempertikaikan kuasa budi-bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Berkaitan dengannya, QIAM ingin membangkitkan lima persoalan untuk pengamatan rakyat yang prihatin terhadap pergolakan politik negara dan yang perlu dijawab oleh Dr Mahathir: –

a. Tidakkah pemilihan Muhyiddin yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu dibuat di bawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda Tuanku seperti yang termaktub di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan? Bukankah pelantikan itu sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan?

b. Tidakkah keputusan yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu merupakan suatu yang terpaksa dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyelesaikan kemelut krisis politik bagi mengisi kekosongan jawatan Perdana Menteri selepas Dr Mahathir sendiri yang meletak jawatan itu atas kerelaannya secara tiba-tiba? Muhyiddin dan Parti BERSATU tidak pernah mendesak Dr Mahathir berbuat demikian.

c. Bukankah Muhyiddin Presiden Parti BERSATU iaitu parti yang menang sejumlah kerusi dalam PRU-14? Di bawah sistem demokrasi berperwakilan, selaku Perdana Menteri yang dilantik secara sah menurut Perlembagaan, Muhyiddin berhak dan bebas memilih rakan-rakan politik dari parti-parti lain (yang menang kerusi dalam pilihan-raya umum tersebut), yang menyokongnya untuk menubuh kerajaan majoriti mudah selaras dengan ketetapan di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

d. Mengapa Dr Mahathir sekarang mencetus ketegangan politik negara yang bertujuan untuk menyingkirkan sebuah kerajaan Melayu-Islam yang diterajui oleh presiden partinya sendiri (PPBM) yang didukung oleh tiga parti politik terbesar orang Melayu – BERSATU, UMNO, PAS dengan sokongan GPS dari Sarawak? Tidakkah kestabilan politik yang perlu diutamakan dalam keadaan Perdana Menteri dan Kerajaannya bertungkus-lumus berdepan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara?

e. Apakah kebaikannya kepada rakyat khasnya orang Melayu-Bumiputra di sebalik tindakan Dr Mahathir mengemuka Usul tidak percaya yang bertujuan untuk menyingkirkan YAB Muhyiddin, selain dari untuk kepentingan politik peribadi dan membuka peluang kepada PH/DAP untuk kembali menerajui Negara?

3. Walaupun Perlembagaan dan amalan demokrasi berparlimen tidak melarang mana-mana Ahli Dewan mengemukakan apa jua usul untuk dibentang dan dibahas di persidangan Parlimen, QIAM berpandangan tindakan Dr Mahathir mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana menteri itu bertujuan untuk mendapatkan suatu ketetapan bahawa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Justeru, adalah amat tidak sesuai dikemukakan usul sedemikian dalam keadaan Negara yang berdepan dengan pandemic Covid-19 sekarang dan tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara.

4. Orang Melayu umumnya mengharapkan Dr Mahathir, sebagai negarawan yang berjasa kepada negara, seharusnya menyokong presiden partinya sendiri (BERSATU) bagi memperkasakan parti itu untuk berganding bersama tiga parti politik besar Melayu- Bumiputera lain (UMNO, PAS dan GPS) bagi menjayakan banyak lagi agenda Melayu

https://suaramerdeka.com.my/bukankah-pemilihan-perdana-menteri-muhyiddin-disahkan-agong/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo