NOTIS:
Berita Ustaz Ismail Kamus meninggal adalah palsu..
Wan Nordin Wan Yaacob Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR: Berita yang diviralkan netizen di media sosial kononnya pendakwah terkenal, Dato’ Ismail Kamus meninggal dunia adalah palsu.
Demikian kata Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Ustaz Abdul Hadi Jusoh kepada HarakahDaily pagi ini.
Menurut beliau, perkembangan terkini menunjukkan keadaan Ustaz Ismail Kamus adalah semakin baik.
“Laporan semasa daripada pihak doktor pagi ini menunjukkan keadaan beliau yang sedikit baik.
“Justeru, pihak keluarga membuat keputusan untuk beliau mengekalkan rawatan di hospital,” kata beliau lagi.
Katanya lagi, ketika ini Ustaz Ismail Kamus sedang dalam pemantauan dan rawatan oleh pihak hospital.
“Khabar angin yang menyatakan beliau meninggal adalah palsu,” tegasnya lagi.
Menurut Exco Penerangan itu lagi, Ustaz Ismail Kamus mula dimasukkan ke wad pada pagi 26 Mei di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan demam dan keadaan jantung yang lemah.
Katanya lagi, pada ketika itu pemeriksaan mendapati keadaan tidak berkait dengan masalah jantung, dan kemudiannya Ustaz Ismail Kamus terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama.
Kata beliau, pemeriksaan di HKL mendapat terdapat jangkitan pada paru-paru, sementara ujian Covid -19 dilakukan sebanyak dua kali dan keputusannya negative.
Kemudian ujar beliau, Ustaz Ismail Kamus dimasukkan ke ICU berikutan keadaan jantung yang semakin lemah dan paru-paru tidak stabil.
Setelah lebih seminggu berada di bawah pemantauan rapi pihak doktor dan pakar di HKL, katanya perbincangan keluarga dengan doktor, pihak keluarga membuat keputsan untuk meletakkan jagaan di bawah keluarga pada pagi ini.
Tambahnya lagi, persiapan rapi di uruskan oleh Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia di rumah Ustaz Ismail Kamus di Ampang.
“Ia sebagai persiapan sekiranya berlaku ramai yang ziarah, termasuk aspek penjarakkan sosial, laporan ke pihak polis, dan bantuan Jabatan Amal Malaysia.
Sementara itu pagi ini, anak pendakwah terkenal itu juga mengesahkan keadaan bapanya semakin baik.
“Assalamualaikum wbt.Ada sedikit perkembangan baik daripada doktor pagi ini. Setelah habis proses dialisis ada sedikit pengurangan toksin dalam badan,” begitulah mesej ringkas anak kepada pendakwah terkenal, Ustaz Firdaus Ismail Kamus .
Menurut Ustaz Firdaus, doktor yang merawat bapanya menyatakan jantung Ustaz Ismail Kamus masih lemah dan masih diberikan ubat untuk sokongan.
“Kami membuat keputusan untuk terus kekal di ICU selagi tidak memerlukan alat sokongan pernafasan.
“Mohon semua untuk terus berdoa untuk abah. Doktor akan sentiasa update perkembangan abah (Ismail Kamus) dari masa ke semasa,” ujarnya dalam mesej ringkas pagi ini.
Veteran PAS itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.
Ismail, 72, yang merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.
Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
https://harakahdaily.net/index.php/2020/05/06/berita-ustaz-ismail-kamus-meninggal-adalah-palsu/
– HARAKAHDAILY 6/5/2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment