Baru-baru ini tular di Twitter. Salah seorang bekas pegawai Lim Guan Eng menggunakan sebuah indeks "racism perception index" untuk membawa naratif bahawa Malaysia sebuah negara yang teruk menindas minoriti, sehingga terletak di tempat kedua di bawah sebuah bekas negara Apartheid.
Sekali perhati tak masuk akal. Negara Malaysia yang aman damai, sambut cuti umum pelbagai bangsa, mempunyai senarai orang kaya yang majoriti bukan Melayu, benarkan aliran sekolah berbeza, kemudian beri ruang untuk orang bukan Melayu bertanding jadi wakil rakyat, itu pun boleh nombor dua? Tak masuk akal.
Ada beberapa perkara kita boleh buat untuk semak kesahihan carta ini:
1. Periksa sumber. Dari manakah datangnya ranking ini? Apa method untuk kumpul respon? Adakah online? Melalui telefon? Etc. Dalam kes ini, ia dikumpul dari sebuah laman web yang tak berapa dikenali. Tahun berapa ia dikumpul pun kita tak tahu.
2. Berapa saiz sampel? Untuk sebuah kaji selidik sosial, minima 1000 responden untuk ia menjadi sebuah kajian yang sahih dan boleh diterima. Dalam kes ini, hanya 400 lebih responden. Saiz sampel yang terlalu kecil, terutama untuk mewakili 30 juta rakyat Malaysia.
3. Seterusnya periksa demografi responden. Lihat berapa peratus lelaki, wanita, melayu, cina, india, anak muda, dewasa, warga emas dsb. Jika ia selari dengan peratusan demografi rakyat Malaysia, maka ia boleh mewakili rakyat Malaysia. Dalam kes ini, data tersebut tidak diberi. Jadi mustahil nak tentukan demografi sampel responden bersifat "representative".
4. Kalau cukup ketiga2 syarat di atas pun, belum tentu bebas daripada sebarang bias. Contohnya kalau anda ambil sampel di kawasan luar bandar, boleh jadi berbeza sentimen dengan di bandar. Atau mungkin bila medium kaji selidik online, kita akan dapat bias berbeza berbanding kaji selidik medium fizikal.
5. Selain dari di atas, kita perlu melihat sifat indeks ini. Indeks ini mengira persepsi, jadi ia tidak bersifat objektif. Bagi kajian diskriminasi kaum, ada banyak cara untuk mendapatkan indeks yang lebih tepat, contohnya menggunakan bilangan kes jenayah berasaskan kaum, taburan demografi, representasi kaum di dalam organisasi tertentu, dan banyak lagi cara lain. Nombor2 ini boleh digabung untuk membentuk indeks.
Akhir kata, usahlah mudah termakan dengan statistik. Periksa dahulu sebelum tertipu. Sekian.
KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat seca...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment