NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

30 sebab untuk layak ke syurga dengan izin Allah


Tazkirah Ramadhan

30 sebab untuk layak ke syurga dengan izin Allah

Sebab ke enam :Bertaubat

Taubat yang benar dan bersungguh-sungguh itu menghapuskan dosa yang terdahulu. Taubat wajib ke atas mereka yang melakukan kesilapan dan dosa sama ada dosa yang kecil apatah lagi dosa besar.

Allah berfirman:
" Ų„ِŁ†َّŁ…َŲ§ Ų§Ł„ŲŖَّŁˆْŲØَŲ©ُ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł„ِŁ„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠَŲ¹ْŁ…َŁ„ُŁˆŁ†َ Ų§Ł„Ų³ُّŁˆŲ”َ ŲØِŲ¬َŁ‡َŲ§Ł„َŲ©ٍ Ų«ُŁ…َّ ŁŠَŲŖُŁˆŲØُŁˆŁ†َ Ł…ِŁ† Ł‚َŲ±ِŁŠŲØٍ ŁَŲ£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ ŁŠَŲŖُŁˆŲØُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ ۗ ŁˆَŁƒَŲ§Ł†َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ًŲ§ Ų­َŁƒِŁŠŁ…ًŲ§ (17) ŁˆَŁ„َŁŠْŲ³َŲŖِ Ų§Ł„ŲŖَّŁˆْŲØَŲ©ُ Ł„ِŁ„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠَŲ¹ْŁ…َŁ„ُŁˆŁ†َ Ų§Ł„Ų³َّŁŠِّŲ¦َŲ§ŲŖِ Ų­َŲŖَّŁ‰ٰ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų­َŲ¶َŲ±َ Ų£َŲ­َŲÆَŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁ…َŁˆْŲŖُ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų„ِŁ†ِّŁŠ ŲŖُŲØْŲŖُ Ų§Ł„ْŲ¢Ł†َ ŁˆَŁ„َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠَŁ…ُŁˆŲŖُŁˆŁ†َ ŁˆَŁ‡ُŁ…ْ ŁƒُŁَّŲ§Ų±ٌ ۚ Ų£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ų£َŲ¹ْŲŖَŲÆْŁ†َŲ§ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØًŲ§ Ų£َŁ„ِŁŠŁ…ًŲ§ (18) "
maksudnya: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nisa’:17-18)

Nabi S.A.W bersabda:
" Ų§Ł„ŲŖَّŲ§Ų¦ِŲØُ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ł„Ų°َّŁ†ْŲØِ ŁƒَŁ…َŁ†ْ Ł„َŲ§ Ų°َŁ†ْŲØَ Ł„َŁ‡ُ "
maksudnya: “Orang yang bertaubat daripada dosa-dosanya seperti orang yang tidak ada dosa.” (riwayat Ibnu Majah)

Taubat mestilah dilakukan segera, tidak boleh ditangguh dengan memohon ampun kepada Allah Ta’ala. Taubat yang diterima ialah dengan meninggalkan perkara yang dilarang dengan segera, berazam tidak akan kembali lagi mengerjakannya, menyesali atas apa yang berlaku, dan mengharap pengampunan daripada Allah Ta’ala.

“Ulama Memimpin Penyelesaian Islam”
“Islam Memimpin Perpaduan”

Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu
6 Ramadhan 1441h.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo