NOTIS:
10 sebab mengapa peralihan kerajaan tidak akan berlaku
oleh:Dr Kamarul Zaman Yusoff
Lewat malam tadi, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan Mesyuarat Majlis Presiden PH pada petangnya membincangkan agenda mengenai perjalanan PH ke Putrajaya.
Kata Datuk Seri Salahuddin, PH sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi, dan PH boleh kembali ke Putrajaya sebelum Parlimen bermula pada Julai ini.
Begitupun, pada hemat saya, terdapat 10 sebab mengapa peralihan kerajaan daripada PH kepada PN tidak akan berlaku dan mengapa PN akan terus berkuasa hingga PRU 15.
(1) Jika betul cukup nombor, PH tidak akan mendedahkannya kerana ini akan memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengatur strategi.
(2) Jika betul cukup nombor, PH tidak akan mendedahkannya sebaliknya akan terus menghadap YDPA untuk menubuhkan kerajaan.
(3) Jika betul cukup nombor, PM akan menggunakan peruntukan perlembagaan untuk menasihatkan YDPA untuk membubarkan Parlimen.
(4) Jika dinasihatkan untuk membubarkan Parlimen, YDPA akan melakukannya dari membiarkan kitaran politiking tak berkesudahan.
(5) Jika Parlimen dibubarkan, besar kemungkinan PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru, malah ini diakui oleh pemimpin DAP.
(6) Jika ini berlaku, imej PH akan jatuh merudum kerana mengingkari titah YDPA supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik.
(7) Jika Kerajaan PH berjaya dibentuk, ia pastinya bukanlah sebuah kerajaan yang stabil kerana tanpa majoriti besar ia boleh dijatuhkan balik.
(8) Jika Parlimen dibubarkan, ramailah Ahli Parlimen dari PH sendiri yang tidak akan ada peluang untuk menikmati pencen sebagai Ahli Parlimen.
(9) Jika Parlimen dibubarkan, PN mempunyai kelebihan yang besar dalam PRU baru kerana ia akan berperanan sebagai caretaker government’.
(10) Jika Parlimen dibubarkan, besar kemungkinan PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru berdasarkan sentimen semasa rakyat.
Bahawa PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru jelas diakui oleh pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, yang menyebut:
“In the event of dissolution of Parliament, the risk of losing power to PAS and UMNO/MCA/MIC is very real” (“Jika berlaku pembubaran Parlimen, risiko kalah kepada PAS dan UMNO/MCA/MIC adalah sangat nyata”).
Beranikah PH mengambil risiko sangat besar ini? Jawapannya sudah pastilah tidak kerana ia adalah umpama tindakan menggali lubang kubur untuk PH.
Bahawa PN akan terus berkuasa hingga PRU 15 juga jelas diakui oleh pemimpin PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang menyebut:
“While concerns about its infighting and disunity are valid, PN will likely hold together until the 15th general election” (“Sementara cakap-cakap mengenai pertikaian dan perpecahan dalaman adalah benar, PN akan kekal Bersama sehingga PRU 15”).
Cakap-cakap “cukup nombor” ini sebenarnya hanyalah psy-war PH untuk menakutkan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PH dari terus menyertai PN sahaja.
Rujukan:
https://facebook.com/story.php?story_fbid=3391697434180167&id=100000198327350
https://www.malaysiakini.com/news/527964
https://www.malaysiakini.com/news/527887
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment