NGO-NGO tertentu serta pemimpin-pemimpin PH masih menekan kerajaan PN untuk terima semua bot pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan kerana mereka adalah mangsa kekejaman dan penindasan.
Pemimpin-pemimpin PH juga mengambil kesempatan itu untuk mengecam kerajaan BN dahulu dan PAS.
Saya percaya mereka tidak faham situasi sebenar.
Saya tujukan dua soalan asas dan dua soalan tambahan kepada mereka:
Soalan 1: Dari mana bot-bot pelarian ini berasal dan kenapa mereka mahu lari dari situ?
Soalan 2: Kenapa mereka memilih Malaysia sebagai destinasi?
Soalan 3: Jika Malaysia menghantar isyarat bahawa kita akan terima semua bot-bot pelarian, berapakan jumlah bot yang akan datang pada masa hadapan?
Soalan 4: Adakah perhimpunan kerajaan BN bersama PAS pada tahun 2016 untuk membantah penindasan Myanmar ke atas etnik Rohingya ataupun untuk suruh etnik Rohingya untuk lari ke Malaysia beramai-ramai? Dan kenapa kita perlu berhimpun pada tahun 2016.
Mereka mampu jawab tak?
Inilah situasi sebenar.
Situasi pelarian Rohingya sekarang adalah berlainan berbanding dahulu.
Bot-bot pelarian ini bukan berasal dari Myanmar dan ianya bukan kerana pertempuran yang berlaku sekarang.
Bot-bot pelarian pada ketika ini berasal dari kem pelarian Cox Bazar di negara Bangladesh.
"It is believed that most of the Rohingya refugees on board the trawlers had left refugee camps in Bangladesh in an attempt to reach Malaysia, according to HRW."
Pertempuran bersenjata antara kerajaan Myanmar dengan etnik Rohingya telah berakhir pada tahun 2017 selepas majoriti dari etnik Rohingya telah meninggalkan Myanmar dan ditempatkan di kem pelarian Cox Bazar yang dikendalikan oleh UNHCR.
Dipercayai lebih sejuta dari jumlah 1.3 juta etnik Rohingya sebelum penindasan paling berpanjangan kerajaan Myanmar ke atas Rohingya bermula pada akhir tahun 2014 telah melarikan diri ke Cox Bazar pada tahun 2017.
Dianggarkan bahawa jumlah etnik Rohingya di Myanmar hanya 400,000 orang lagi.
Sejak tahun 2017, Myanmar telah dua kali bersetuju dengan Bangladesh untuk membenarkan Rohingya untuk pulang ke Myanmar.
Namun, hanya segelintir etnik Rohingya yang bersetuju untuk pulang ke negara asal.
Yang lain tidak bersetuju kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin dan kerajaan Myanmar mungkin akan mengulangi kekejaman terhadap mereka.
Ada yang langsung tidak mahu pulang ke negara Myanmar dan ingin mencari kehidupan baru di negara-negara yang dianggap lebih maju dan kaya.
Dan ada yang bimbang setelah mendengar khabar angin bahawa kem pelarian di Cox Bazar mungkin akan ditempatkan ke sebuah pulau terpencil di Bangladesh.
Sebab itu, situasi pada masa kini adalah jauh berbeza dengan apa yang berlaku antara tahun 2014 hingga 2017.
Nyawa mereka tidak mengalami ancaman pertermpuran bersenjata seperti dahulu kerana mereka sudahpun ditempatkan di kem-kem pelarian Cox Bazar yang diurus oleh UNHCR.
Sebab itu, cara penyelesaian Rohingya untuk situasi terkini adalah jauh berlainan berbanding dahulu.
Menghantar isyarat bahawa bot-bot pelarian Rohingya yang berasal dari Bangladesh akan diterima tanpa syarat sehingga ramai lagi nyawa Rohingya terjejas dan terkorban semasa perjalanan laut ke Malaysia BUKAN penyelesaian.
Jika masalahnya ialah keadaan di Cox Bazar kurang baik maka Malaysia bersama negara-negara lain dalam dunia boleh menolong
Jika masalahnya ialah etnik Rohingya bimbang tentang keselamatan mereka tidak terjamin apabila mereka pulang ke Myanmar, maka PBB perlu mencari jalan dengan berunding dengan kerajaan Myanmar.
Jika sebabnya ialah etnik Rohingya tolak untuk pulang ke negara asal kerana mereka mahu mencari kehidupan baru di negara-negara ketiga yang lebih maju maka UNHCR perlu meningkatkan usaha mereka negara-negara tersebut.
(Pada masa yang sama, UNHCR juga perlu menunaikan janji mereka kepada kita untuk menempatkan semula lagi ramai etnik Rohingya yang masih di Malaysia ke negara-negara ketiga)
Tetapi untuk menghantar isyarat bahawa Malaysia akan mengambil lagi ramai bot pelarian pada masa kini atas dasar kemanusiaan seperti ditekan oleh pemimpin-pemimpin PH dan meyebabkan lagi ramai nyawa etnik Rohingya terkorban kerana bot mereka terkaram atau mereka mati kebuluran di atas bot bukan penyelesaian.
Seperti saya kata, jika dibenarkan, ia akan menjadi kelaziman dan semakin ramai yang akan masuk. Kalau 200 nak masuk, sudah tentu ada yang lain menunggu.
Malah, langkah ini adalah jauh dari berperikemanusiaan kerana mereka lebih selamat di Coz Bazar di bawah UNHCR berbanding menaiki bot yang kurang elok secara beramai-ramai.
Pemimpin-pemimpin PH jangan sempit pemikiran dan berpandangan cetek.
Look at the big picture for the best solution. Don't politicize.
Seperti yang saya pernah jelaskan, kerajaan BN dan PAS menganjurkan perhimpunan pada tahun 2016 untuk mendesak kerajaan Myanmar untuk hentikan pertempuran bersenjata dan penindasan ke atas etnik Rohingya yang bermula pada tahun 2014.
Kita juga mendesak OIC dengan PBB untuk mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas penindasan itu. Bukan hanya dengan bermodalkan air liur sahaja.
Perhimpunan kita bukan untuk suruh semua Rohingya lari ke negara kita kerana Malaysia sudahpun berhadapan dengan isu pelarian Rohingya sejak tahun 1980an,
Sebelum saya menjadi PM pada tahun 2009, jumlah pelarian Rohingya di Malaysia sudah pun berpuluh ribu orang.
Pada 16 Mei 2015, saya dah nyatakan pendirian saya
“Kita akan buat berdasarkan budi bicara atas dasar kemanusiaan tapi kita tidak boleh bagi isyarat yang Malaysia terbuka, siapa-siapa hendak masuk, boleh masuk,”
Bermula akhir tahun 2014, semakin banyak bot-bot pelarian dari Myanmar sedang menuju ke Malaysia dan negara kita pula dikecam di dalam dan di luar negara masa itu kerana tidak menerima bot-bot tersebut pada masa itu.
Rakyat Malaysia mudah lupa.
Masa itu, kerajaan BN bertegas untuk tidak ambil lagi ramai bot-bot pelarian Rohingya dan kita dikecam di seluruh dunia termasuk NGO-NGO tempatan dan pemimpin-pemimpin PH.
Sebab itu parti PAS dengan kerajaan BN dahulu terpaksa membuat perhimpunan besar pada masa itu kerana masalah Rohingya menjadi lebih besar sejak akhir tahun 2014 selepas tentera kerajaan Myanmar memulakan operasi penindasan terhadap Rohingya.
Kita mahu penyelesaian lebih muktamad dan menyeluruh - bukan sekadar menerima pelarian Rohingya setiap kali kerajaan Myanmar memulakan penindasan terbaru kerana Malaysia sudahpun banyak membantu.
Paling kelakar ialah ada pemimpin-pemimpin PH mengecam saya sekarang kononnya kerajaan BN masa saya PM banyak mengambil pelarian Rohingya tetapi masa itu pemimpin-pemimpin PH yang sama ini juga yang dahulu mengecam saya kerana tidak mahu mengambil lagi ramai pelarian Rohingya.
KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Batu Puteh dengan mendakwa negar...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment