oleh: Alang Ibnu Shukrimun
1. Jika dilihat kepada statistik COVID-19, negara dan negeri yang teruk dilanda wabak itu adalah yang paling pesat mengalami globalisasi. Kebanyakannya adalah kota-kota metropolitan seperti China, US, UK, Italy, Korea, Jerman, Singapore dan seumpamanya. Di US, Washington, New York dan California. Sama seperti Malaysia, tempat tumpuan wabak adalah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru.
2. Ramai berpendapat krisis COVID-19 bakal mengheret dunia ke arah deglobalisasi. Ketakutan masyarakat diandaikan akan membawa pemerintah untuk lebih berhati-hati dalam membuka pintu sempadan dan amalan pasaran bebas. Negara akan lebih menumpukan untuk meningkatkan hasil tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar
3. Namun saya berpandangan sebaliknya. Manusia secara fitrahnya diciptakan memerlulan antara satu sama lain. Setiap bangsa memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Setiap geografi memiliki hasil bumi yang berbeza. Peradaban manusia menuntut kebergantungan sejagat.
FASA BAHARU GLOBALISASI
4. Saya melihat globalisasi akan melangkah ke fasa baharu. Fasa yang akan memaksimakan penggunaan teknologi bagi meminimakan hubungan langsung antara manusia.
5. Teknologi robotik akan digunakan bagi menggantikan peranan manusia. Kecerdasan buatan (Artificial intelligence) akan mengambil alih kecerdasan manusia (authentic intelligence). Produk, jentera dan mesin berasaskan Internet of Things (IoT) akan membanjiri pasaran perkhidmatan, barangan malahan kerjaya.
6. China dijangka antara negara yang paling awal berjaya membebaskan diri daripada virus ini. Mereka jugalah negara yang terkehadapan dari sudut revolusi industri (IR4.0). 5G yang dikatakan sebagai sistem IT terkini diterajui oleh Huawei dan ZTE daripada China.
7.Barat juga tampak terheret untuk mempercepatkan penerimaan terhadap 5G. Dijangkakan selepas berakhirnya tempoh lockdown di Eropah dan US, masing-masing akan segera menyelesaikan pembinaan infraskruktur dan fasiliti bagi mewujudkan 5G.
8.Banyak lagi teknologi daripada China akan diterima secara global selepas pandemik ini. Sistem pengawasan massa (mass surveillance) yang menggunakan teknologi pengecaman individu antara yang terkehadapan dalam mengawal manusia secara lebih efektif.
9.Sistem pengangkutan China yang dikenali sebagai Belt and Road Initiative (BRI) juga mungkin akan dipercepatkan. Ianya lebih menjimatkan kos dan mengurangkan penggunaan sumber petroleum yang menerima tempias terbesar COVID-19 sekarang. Penglibatan manusia juga lebih minima jika dibandingkan dengan pengendalian dan penyelenggaraan pesawat mahupun pengangkutan darat biasa.
ANCAMAN PETRODOLLAR
10.Membicarakan mengenai industri petroleum, dunia hari ini berdepan krisis ekonomi yang sangat teruk berpunca daripda kejatuhan harga minyak global. Selain daripada permintaan minyak menurun kerana COVID-19, perang harga minyak antara US/Saudi dan Rusia juga adalah faktor utama. Walaubagaimanapun, China dan Rusia yang bukan anggota OPEC tidak akan terkesan teruk berbanding negara lain. Ini kerana mereka telah mempelbagaikan sumber ekonomi. Mereka juga tidak terbeban dengan hutang luar.
11.Dijangkakan dunia akan mengalami kemelesetan besar selepas pandemik ini akibat krisis petroleum. Ini kerana sistem kewangan dunia menggunakan sistem petrodollar. Jika serangan harga minyak terus dilakukan oleh negara seteru US, dollar akan jatuh teruk dan ekonomi dunia akan jatuh. Sudah tentu negara-negara yang bergantung tinggi kepada pengeluaran minyak seperti negara umat Islam akan menerima kesan yang amat buruk.
12.Sistem kewangan dunia mungkin akan hancur untuk kesekian kalinya. Sepanjang sejarah, sistem kewangan dunia mengalami jatuh bangun beberapa kali dan tidak pernah bertahan lama. Daripada matawang yang 100% disandarkan kepada emas, kepada sebahagian sahaja, kemudian kepada sistem Bretton Woods dan terkini sistem petrodollar. Daripada awal abad ke 20, sistem ini bertahan lingkungan 28-40 tahun sahaja. Petrodollar bermula sekitar 1973-1981. Lebih kurang 40 tahun sudah digunakan. Kini bibit-bibit kejatuhan sistem ini kian terasa.
13.Persoalannya, apakah sistem yang akan menggantikannya? Saya mengandaikan sistem tersebut berkait dengan matawang digital (cryptocurrency). Sekali lagi China menggungguli sistem ini. AliPay, WeChatPay dan beberapa medium telah diterima secara global walaupun masih dalam kerangka sistem petrodollar. China merupakan negara luar yang memegang Dollar US tertinggi di dunia.
China juga memegang rezab tukaran antarabangsa tertinggi di dunia.
PENGAKHIRAN PAX-AMERICANA?
14.China dan Rusia juga giat menambah rezab emas dalam perbendaharaan mereka. Inilah yang dilakukan oleh US sebelum memperkenalkan Bretton Woods yang menamatkan hegemoni Pax-Brittanica. Inilah juga yang dilakukan oleh Perancis sehingga US terpaksa memperkenalkan petrodollar. Apakah tindakan China ini satu permulaan kepada pengakhiran Pax-Americana?
15.Berbagai kemungkinan boleh berlaku. Syeikh Imran Hosein menjangkakan apabila Pax-Americana jatuh, Pax-Judaica akan menggantikannya. Namun jika dilihat perkembangan Israel ketika ini, mereka masih bergelut dengan karenah demokrasi. Kerajaan mereka tidak stabil. Walaupun politikus mereka memainkan propaganda kemunculan Messiah, namun itu tidak boleh menutup kelemahan mereka sekarang.
16.Dengan perkembangan terkini, potensi untuk Pax-Sinica menggantikan Pax-Americana lebih tinggi. Kemajuan China kini tidak lagi boleh dipertikaikan. COVID-19 yang mula melanda negara mereka, kini dilihat sebagai batu loncatan terbaik untuk mereka mengungguli pentas antarabangsa.
17.Menurut pakar kesihatan, walaupun COVID-19 bakal berakhir, namun sekarang manusia sedang mendaki ke arah kemuncak wabak. Dijangkakan kes akan berganda beberapa minggu lagi sebelum stabil. Setiausaha Agung PBB mengatakan bahawa pandemik ini merupakan krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua.
Oleh itu, krisis ini perlu dilihat secara serius. Atmosfera geopolitik mungkin akan berubah.
SIKAP UMAT ISLAM
18.Sebagai orang Islam, walaupun globalisasi tajaan barat bertunjangkan sekularisme, namun falsafah globalisasi yang menyatakan peradaban manusia boleh dipertingkatkan dengan meningkatkan perhubungan antarabangsa adalah sesuatu yang selari dengan Islam (Al-Hujurat:13).
19.Namun dalam masa yang sama, perlu berwaspada agar umat Islam tidak terkesan dengan kehidupan materialistik sehingga jauh daripada agama. Ada garis pemisah antara iman dan logik materialistik yang tidak dapat bertemu. Jika tidak, kita akan hanyut dengan keduniaan sehingga melupakan akhirat. Akan sibuk dengan makhluk sehingga melupakan Khaliq.
20.Untuk penjelasan lanjut mengenai fenomena teknologi moden hari ini dan kaitan dengan eskatologi, bolehlah merujuk kepada buku saya berjudul Di Bawah Naungan AL-KAHFI; Persiapan Tentera al-Mahdi. Berikut merupakan tajuk-tajuk yang berkait dengan teknologi:
š“AYAT 7 - 8: CABARAN DAJJAL DI ERA IR4.0
š“AYAT 11 & 12: TEKNOLOGI INFORMASI MEDIUM DAJJAL
š“AYAT 17 - 18: ARTIFICIAL INTELLIGENCE VS AUTHENTIC INTELLIGENCE
š“AYAT 19: DARI PETRODOLLAR KE MATAWANG CRYPTO
š“AYAT 20: BIG DATA DAN IoT MUSUH KERAHSIAAN
š“AYAT 28: RASUAH DAJJAL MEROSAKKAN WALA'
š“AYAT 35 & 36: TEKNOLOGI BARAT CUBA LAWAN TEORI KIAMAT
š“AYAT 47 - 49: ESKATOLOGI MENURUT SAINTISME DAN POSITIVISME
š“AYAT 50: ILLUMINATI, FREE MASON DAN ZIONIS SEBAGAI TENTERA DAJJAL

No comments
Post a Comment