NOTIS:
Sidang Dewan Rakyat akan diteruskan 18 Mei ini - Speaker
KUALA LUMPUR : Persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan pada 18 Mei ini walaupun negara berdepan penularan pandemik COVID-19.
Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau dengan ringkas turut menjelaskan persidangan akan diteruskan dengan langkah-langkah pencegahan yang perlu.
Bagaimanapun langkah pencegahan tersebut akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
"Ya (Sidang Dewan Rakyat diteruskan). Ia akan diteruskan dengan langkah-langkah pencegahan yang perlu. Akan (langkah pencegahan) dimuktamadkan dalam sedikit masa lagi.
Terdahulu, persidangan Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 9 Mac lalu, ditangguhkan ke 18 Mei.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 ini akan berlangsung selama 15 hari.
Ia selepas surat pemakluman yang ditandatangani Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diterima oleh Mohamad Ariff sebelum ini.
Untuk rekod, persidangan Dewan Rakyat kali ini akan menyaksikan Pakatan Nasional (PN) dianggotai UMNO, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tampil sebagai blok kerajaan
Pakatan Harapan (PH) dianggotai DAP, PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) pula kembali menjadi pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment