NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramadan: Apakah Maksud Syaitan Dibelenggu?


Abdul Mu'izz Muhammad
24 April 2020.

Setiap kali tibanya Ramadan, umat Islam dimotivasikan untuk tekun beribadat. Selain dari ganjaran pahala yang berganda, syaitan yang sering menghasut manusia ke arah kejahatan dibelenggu oleh Allah. Sabda Nabi:

Ų„ِŲ°Ų§ Ų¬َŲ§Ų”َ Ų±َŁ…َŲ¶َŲ§Ł†ُ، ŁُŲŖِّŲ­َŲŖْ Ų£َŲØْŁˆَŲ§ŲØُ Ų§Ł„Ų¬Ł†َّŲ©ِ، ŁˆŲŗُŁ„ِّŁ‚َŲŖ Ų£َŲØْŁˆَŲ§ŲØُ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±ِ، ŁˆŲµُŁِّŲÆŲŖِ Ų§Ł„Ų“ŁŠŲ§Ų·ِŁŠŁ†ُ

"Apabila tibanya Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga serta ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan" - Muttafaq Alaih.

⚫ Syaitan Yang Mana Satu?

Al-Quran telah menjelaskan bahawa syaitan terbahagi kepada spesis jin & manusia. Antara makna syaitan, adalah karektor perosak & pemberontak terhadap ketetapan Tuhan. Firman Allah:

ŁˆَŁƒَŲ°َٰŁ„ِŁƒَ Ų¬َŲ¹َŁ„ْŁ†َŲ§ Ł„ِŁƒُŁ„ِّ Ł†َŲØِŁŠٍّ Ų¹َŲÆُŁˆًّŲ§ Ų“َŁŠَŲ§Ų·ِŁŠŁ†َ Ų§Ł„ْŲ„ِŁ†Ų³ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¬ِŁ†ِّ

"Demikian Kami jadikan bagi setiap Nabi itu ada musuh berupa syaitan dari manusia & jin" - Al-An'am 112.

Syaitan yang terbelenggu berdasarkan hadith di atas, adalah syaitan dalam kalangan jin. Adapun syaitan jenis manusia, masih bebas berkeliaran sekalipun pada bulan Ramadan.

⚫ Hikmah Syaitan Dibelenggu.

Apabila syaitan dibelenggu, senario tersebut dapat merehatkan fikiran manusia dari terus bertempur dengan hasutan makhluk terlaknat itu. Suasana sedemikian akan mewujudkan motivasi untuk kita ringan menggandakan amal ketaatan.

Dalam erti kata lain, atmosfera Ramadan dapat meringankan jiwa orang-orang beriman untuk melangsungkan ibadat. Terpulang kepada kehendak diri sendiri sahaja.

⚫ Batas Pengaruh Syaitan.

Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Maidani merumuskan bahawa syaitan jin tidak memiliki kuasa untuk mengawal manusia sepenuhnya. Sebaliknya hakikat keupayaan syaitan ke atas manusia hanyalah:

• Mendorong manusia yang terlebih dahulu cenderung dengan aspirasi syaitan. Bermaksud, agenda syaitan itu hanya berjaya jika manusia bekerjasama & membiarkannya menjadi dominan dalam fikiran serta perbuatan.

• Menyuntik keraguan dalam daya pertimbangan manusia. Keraguan yang dimaksudkan adalah tidak yakin dengan hakikat kebaikan, serta menghiasi kejahatan agar diperlihatkan seakan-akan benar & baik.

• Berusaha untuk mengeluarkan manusia dari fitrah asal mereka yang sentiasa mahukan kebaikan. Logiknya, sejahat-jahat manusia pun ingin diperlakukan dengan baik. Ia sebagai bukti bahawa fitrah manusia sememangnya mengerti, kebaikan itu adalah kebaikan.

⚫ Pertempuran Jatidiri.

Ketika Iblis berikrar mahu merosakkan manusia, dia mengakui bahawa jatidiri orang-orang beriman menyukarkan agendanya menghasut mereka. Firman Allah:

Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆَŁƒَ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ®ْŁ„َŲµِŁŠŁ†َ

"(Semua akan terdedah dihasut) kecuali dalam kalangan hamba-hambaMu yang terpilih - Sad 83

Golongan yang terpilih itu menurut Imam al-Tabari, ialah mereka yang memiliki kualiti ketekunan yang tinggi dalam melakukan ibadat. Sekaligus tidak menjadikan syaitan sebagai pemandu kepada jalan hidupnya.

Apa yang dibimbangkan adalah, kita tetap terbiasa melakukan dosa kejahatan walaupun di bulan Ramadan. Kejahatan yang telah sebati mendarah daging itulah, yang merisaukan kita. Persoalannya adalah, syaitan spesis jin telah pun dibelenggu, tinggal spesis manusia sahaja yang masih lagi bebas.

Semoga kita dilindungi.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo