NOTIS:
PN perlu lebih berwaspada…
Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri
Tulisan Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kia Meng berhubung dengan hubungan Umno dan Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini sudah dikira berhasil apabila pemimpin UMNO dan Bersatu mula saling “curiga” antara satu sama lain bagi menghadapi PRU ke-15 nanti.
Saya tidak bercadang untuk mengulas apa yang ditulis oleh pemimpin DAP berkenaan. Sebagai pemerhati yang mengikuti apa yang berlaku sebelum ini sekitar hujung Februari dan awal March 2020, PN dibentuk bukan untuk menghadapi PRU ke-15.
Kewujudan kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 1hb Mac, 2020 lebih kepada reaksi spontan beberapa pihak dari PH sebelum ini setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-7 meletak jawatan pada 24hb Februari, 2020.
Menjelang pencarian Perdana Menteri baru ke,8 oleh Yang Dipertuan Agong dalam kemelut politik yang pertama kali berlaku dalam sejarah, terdapat 2 kumpulan yang utama.
Kumpulan majoriti dari PKR diketuai Presiden, Anwar Ibrahim bersama terus bekerjasama dengan kumpulan minoriti dari kem Tun Dr Mahathir, Pengerusi Bersatu disertai rakan gabongan PH sebelum ini, DAP dan PAN.
Manakala satu lagi kumpulan alternatif dibentuk secara ‘adhoc’ dari Parti Bersatu diketuai Presiden, Tan Sri Muhyidin Yassin dan kumpulan minoriti dari PKR diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali disokong pembangkang khususnya Muafakat Nasional (Umno dan PAS) serta Gabongan Parti Sarawak (GPS).
'Jangan ambil mudah kewujudan PN'
Kehadiran kerajaan Perikatan Nasonal (PN) secara spontan dan tidak dirancang dengan teliti adalah bagi memenuhi ‘kekosongan politik’ yang berlaku ketika itu ekoran krisis politik ini yang didapati gagal dibendung dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk terus mentadbir negara dengan lebih baik dari BN.
Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin “bernasib baik” kerana ketika dilantik mengambil alih kerajaan pusat segera mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18hb Mac ekoran dari penularan wabak Covid19 yang merebak pantas diseluruh dunia.
Dari segi politik pilihanraya, pembangkang telah mengalahkan komponen PH dalam 5 pilihanraya kecil terakhir menyebabkan Tun Dr Mahathir, PM ke7 ketika itu mengatakan PH kerajaan sepenggal sahaja.
Begitu juga, keputusan undi BN dan Gagasan Sejahtera (PAS dan beberapa parti kecil lain dalam blok ke-3) dalam PRU ke14 yang lalu memang melebihi undi telah diperolehi oleh PH dalam pertandingan 3 penjuru.
Memang kerajaan PN yang ada ini masih baru, tidak sampai 100 hari lagi dan belum pernah diuji lagi. Ianya berhadapan dengan berbagai kemungkinan termasuk undi tidak percaya dari pihak lawan khususnya dari kumpulan Anwar Ibrahim dan PH yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan Tan Sri Muyiddin dan PN menjadi kerajaan yang baharu.
Cukup yang berselih kerana politik. Rakyat makin menderita akibat PKP dan pasca PKN nanti. Apa yang penting kerajaan PN yang baru dibentuk ini saling bekerjasama bagi mempertahankan kerajaan ini sehingga PRU ke-15 kerana rakyat muak berpolitik sepanjang masa dan mahukan satu perkhidmatan yang baik dari kerajaan yang memerintah tak kira dari pihak mana sekalipun yang membentuk kerajaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment