Bukit Tunggal Kuala Terengganu
Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang hari ini dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri.
Apa sebenarnya Duta Khas dan adakah ia sesuatu yang membazir untuk melantik seseorang ke jawatan seperti ini?
Amalan lantikan Duta Khas ini dah ada lama. Zaman BN dahulu DS Ong Ka Ting dan DS Samy Vellu pernah dilantik sebagai duta khas bertaraf menteri masing2 ke China dan Asia Selatan.
Amalan ini diteruskan pada zaman PH bila Tun Mahathir ketika itu melantik Pengerusi DAP Tan Kok Wai bagi menggantikan tugas DS Ong di China
Duta Khas akan mendapat semua manfaat sebagai Menteri. Ada perjawatan SUSK, Setpol, Pegawai Tugas-tugas Khas dan lain-lain. Mereka juga tidak semestinya perlu berada sepenuh masa di wilayah / negara yang berada dalam tugasan mereka sepertimana duta biasa.
Kenapa perlu Duta Khas? Ini masih debatable memandangkan ada Duta Khas yang tidak menghasilkan impak setara dengan sepatutnya.
Tetapi ada juga lantikan yang memberi manfaat besar kepada negara. Contohnya lantikan Almarhum DS Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Khas ke Amerika Syarikat (sebelum itu sebagai Duta Besar)
Almarhum adalah key player dalam memastikan kekukuhan hubungan antara dua negara termasuk merintis jalan bagi lawatan Obama ke Malaysia pada tahun 2014.
Ini adalah lawatan pertama Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia sejak lawatan Lyndon B. Johnson pada tahun 1966.
Kekukuhan hubungan Malaysia - AS menyebabkan negara kita pada zaman DSN dapat memposisikan diri sebagai sebuah kuasa neutral dan memiliki leverage ketika dalam rundingan antarabangsa.
Kenapa Timur Tengah? Kerana selain Amerika Syarikat, India dan China, Timur Tengah juga adalah kuasa ekonomi yang sangat penting tetapi kehilangan potensi kerana sentiasa menjadi padang permainan proksi kuasa besar
Jika TGHH berjaya mewujudkan hubungan baik dengan negara-negara seperti Saudi, Iran dan Mesir, Malaysia akan mempunyai kelebihan dalam mencorakkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua pihak.
Contohnya apabila situasi di Syria terkawal, syarikat-syarikat Malaysia akan mendapat keutamaan dalam projek-projek pembangunan semula negara tersebut.
Keamanan Timur Tengah juga adalah kunci kepada kestabilan dunia. Malaysia pada zaman DSN telah memulakan usaha bagi memposisikan diri sebagai suara neutral dalam konflik antara negara di rantau tersebut.
Penghormatan kepada Malaysia ditonjolkan melalui lawatan Presiden Iran pada 2016 serta kunjungan sulung Raja Arab Saudi setahun selepasnya. Walhal, kedua negara ini adalah musuh besar dari segi ekonomi, agama dan politik di Timur Tengah
Hubungan dengan Saudi kemudiannya tercalar apabila kerajaan PH membatalkan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Malaysia selepas kekalahan BN pada PRU14
Tugas TGHH walaupun mencabar tetapi memenuhi kepakaran beliau yang sentiasa aktif dalam dialog dan rundingan dalam konflik Timur Tengah sebelum ini
Selamat bertugas kepada TGHH. Semoga sentiasa dalam rahmat dan pertolongan Allah Taala
No comments
Post a Comment