oleh:Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam
Beberapa hari lalu saya telah kongsikan sebahagian gambar masjid-masjid lama dalam koleksi penyelidikan saya. Kali ini saya kongsikan pula sebahagian koleksi kincir-kincir air yang terdapat di Alam Melayu.
Kincir air ini bukti kepintaran kejuruteraan mekanikal nenek moyang kita zaman lampau. Dahulu, kincir air dibina bagi tujuan membawa aliran air dari sungai ke sawah, masjid dan rumah-rumah. Di samping itu, kincir air juga berfungsi sebagai mesin menumbuk beras untuk dijadikan tepung dan mesin menumbuk biji kopi.
Sekarang bilangan kincir air sangat sedikit. Hanya beberapa tempat sahaja yang masih meneruskan tradisi membina kincir air. Apa yang menarik, selalunya kawasan yang ada kincir air pemandangannya pasti indah dan mempersonakan.
kawasan-kawasan yang ada kincir air juga biasanya di pedalaman yang jauh dari jalan besar. Saya rasa penduduk kampung-kampung di sini pasti tidak merasa perbezaan dalam kehidupan mereka jika dilaksanakan PKP.
Insya Allah nanti saya akan kongsikan pula koleksi istana-istana lama, kubu-kubu perang, senjata-senjata tradisional termasuk senjata api, makam-makam lama, manuskrip-manuskrip dan banyak lagi bukti-bukti kepintaran silam yang lain.
Sumber: https://www.facebook.com/hasan.yusof.5/posts/10213608283000094
NOTIS:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment