NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isra' dan Mikraj: Mengingat Kembali Fikrah Tok Guru Nik Abdul Aziz


ISRA' DAN MIKRAJ

Catatan oleh: Mohd Fadli Ghani (Institut al-Balaghul Mubin)
27 Rajab 1441 / 22 Mac 2020

šŸ—ž MENGINGAT KEMBALI FIKRAH TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

SELEPAS balik dari Mesir pada 1962, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadikan penulisan sebagai salah satu medan dakwahnya. Kata al-Marhum Tok Guru pada saya, "Saya mula menulis di majalah Hiboran tahun 1956 ketika berada di India. Masa tu guna nama pena Cikgu Ustaz. Nanti enta cari deh."Itulah pengalaman awal beliau berdakwah melalui tulisan.

Pada 1964, ketika belum aktif dalam bidang politik, Tok Guru telah menulis dalam Pengasoh, Bil. 399, November 1964 tentang Isra' dan Mikraj. Sempena sambutan Isra' dan Mikraj hari ini, saya catatkan beberapa poin penting fikiran Tok Guru tentang peristiwa bersejarah ini untuk renungan bersama.

Tok Guru menyebutkan kekagumannya terhadap kisah pembedahan Nabi SAW oleh para 'doktor' yang diketuai Jibrail AS sebelum Isra', pejalanan jauh sekelip mata dan reaksi masyarakat terhadap peristiwa tersebut, termasuk ibu saudaranya, Ummu Hani'.

Tok Guru menyebutkan tiga perkara penting yang mesti diambil ibrah oleh kita semua:

1. Hidup mesti berpijak kepada kebenaran

» Ketika Ummu Hani' melarang Nabi menyebarkan cerita ini kerana bimbang dibantah oleh orang kafir, Nabi menjawab "Wa-in kazzabuni!" (Walaupun didustakan oleh semua orang, saya tetap akan beritahu juga).

» Apa yang diucapkan oleh seorang Rasul adalah benar, walaupun semua orang mendustakannya.

» Kebenaran hanya dari Rasul. Apakah kita hendak memusuhi kebenaran yang berlaku (Isra' dan Mikraj) semata-mata kerana kita tidak percaya kepada perkara yang benar-benar terjadi?

2. Berpuashatilah dengan pimpinan Nabi SAW

» Allah telah membuang semua kotoran di dalam hati Nabi sebelum Isra'.

» Tiada lagi penyelewengan, pembohongan dan tipu daya syaitan pada Nabi.

» Segala ajaran dan pimpinan Nabi terkawal dari salah dan khilaf

» Semua orang yang mengikuti pimpinan Nabi SAW akan selamat sampai Akhirat.

3. Solat dan sejarah ganjilnya

» Nabi menerima sendiri kefardhuan solat dari Allah, berbeza kefardhuan lain yang diterima melalui Jibril AS.

» Kenapa Nabi bersusah payah memohon supaya solat umatnya dikurangkan kepada lima sahaja, sedangkan dia sendiri solat sampai bengkak-bengkak kakinya.
Apa relevannya Nabi berbuat demikian? Renungkan.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo