Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam
Dalam ilmu senibina Melayu, terdapat 27 elemen atau bahagian utama dalam pembinaan rumah tradisional iaitu seperti berikut:-
1) dinding, 2) lantai, 3) tingkap, 4) tangga, 5) pintu, 6) tiang, 7) tutup tiang, 8) rasuk, 9) gelegar, 10) jeriau, 11) jerejak, 12) tulang bumbung, 13) kasau jantan, 14) kasau betina, 15) perabung, 16) bendul, 17) gulung-gulung, 18) susuh, 19) jenang, 20) tutup jenang, 21) belebas, 22) atap, 23) pekakian atap, 24) cucuran atap, 25) alang pandak, 26) alang panjang, 27) tunjuk langit.
Tunjuk langit merujuk kepada kayu yang berceracak di atas atap. Ia dinamakan tunjuk langit kerana kayu itu dipasang dengan menunjuk ke arah langit. Kebiasaannya tunjuk langit dipasang satu batang dan dua batang (sepasang). Tunjuk langit yang dipasang sebatang pada bahagian depan atau bahagain-bahagian lain itu melambangkan akidah tauhid.
Manakala tunjuk langit dipasang dua batang atau sepasang pada bahagian tengah atas rumah yang mana ianya melambangkan nisan. Ini adalah falsafah mengingati mati yang dizahirkan pada senibina rumah tradisional Melayu.
Sepasang tunjuk langit di atas rumah itu dibuat supaya ianya dapat memberi peringatan kepada pemilik rumah bahawa rumah yang didiami itu hanyalah sementara. Rumah yang sebenar adalah tanah kubur.
Falsafah mengingati mati yang terzahir dari tunjuk langit ini dilakukan bagi mengamalkan anjuran Rasulullah SAW agar banyak mengingati mati seperti mana yang terkandung dalam hadith berikut di mana Rasulullah SAW bersabda:-
Ų£ŁŲ«Ų±ŁŁ ŁŁŁ ŁŲŖ Ų°ŁŲ±Ų§ ŁŲ£ŲŲ³ŁŁŁ ŁŁ Ų§ ŲØŲ¹ŲÆŁ Ų§Ų³ŲŖŲ¹ŲÆŲ§ŲÆŲ§ Ų£ŁŁŲ¦Ł Ų§ŁŲ£ŁŁŲ§Ų³
Orang yang paling banyak mengingati kematian dan membuat persiapan yang terbaik untuknya adalah orang yang paling bijak. (Sunan Ibnu Majah)
Sumber: https://www.facebook.com/hasan.yusof.5/posts/10213716749871698
No comments
Post a Comment