NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr. Maszlee: ikut kepala sendiri atau ikut kepala Ikram?


DR. MASZLEE: IKUT KEPALA SENDIRI ATAU IKUT KEPALA IKRAM?

(SATU RINGKASAN MENGENAI STRATEGI POLITIK IKRAM)

Bahawa IKRAM adalah antara pendukung terkuat kuat kepada penubuhan AMANAH sudah tercatat dalam lipatan.

Kerana mahu dijadikan Naib Presiden AMANAH, jawatan Timbalan Presiden IKRAM Datuk Hasanuddin Yunus lepaskan.

Begitu juga dengan ahli-ahli IKRAM yang beramai-ramai menjadi ahli-ahli AMANAH melalui proses seolah-olah kerahan.

Penyandang jawatan sebagai Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM begitulah Dr Maszlee Malik sering diperkenalkan.

Keterlibatan Dr Maszlee di dalam membina AMANAH memang tidak boleh dipersoalkan dan sudah pernah diriwayatkan.

Bagi mewajarkan penubuhan AMANAH Dr Maszlee membuat penegasan ia diperlu untuk gantikan PAS yang bakal kepupusan.

Bila Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO kerana bersikap lantang, Dr Maszlee pun cepat-cepat membuat seruan.

Pilihan politik terbaik Tan Sri Muhyiddin ialah menyertai AMANAH kerana kononnya penubuhan parti baru tidak akan berkesan.

Setelah gesaan diketepikan, Dr Maszlee pula menyertai BERSATU menjelang PRU 14 dengan Tan Sri Muhyiddin yang umumkan.

Bila Dr Maszlee dilantik sebagai Menteri Pendidikan, IKRAM-lah yang mula-mula membuat kunjungan untuk memberi cadangan.

Dengan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, IKRAM-lah juga yang paling kerap sekali mencatat kehadiran untuk perasmian.

Dengan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, IKRAM-lah juga yang banyak sekali mendapat laba dari segi jawatan lantikan.

Bila Dr Maszlee mengumumkan perancangan atau keputusan, IKRAM-lah yang terkehadapan di dalam memberikan sokongan.

Bila Dr Maszlee dihentam teruk sebagai Menteri Pendidikan, IKRAM-lah juga yang terkehadapan di dalam menjawab kritikan.

Dengan segala macam rangsangan, IKRAM pun segera meluluskan Rancangan IKRAM 2020-2023 sebagai satu master-plan.

Begitupun semuanya ini tidak mampu bertahan, awal-awal lagi kenyataan “saya tak yakin dia "team player"” sudah kedengaran.
Dan akhirnya tercatatlah sejarah pada 2 Januari 2020 Dr Maszlee diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Lalu apa jadi dengan master-plan yang bermatlamatkan 'Memacu Pembinaan Negara Rahmah', sudahkah ia dibuat rombakan?

Ataukah IKRAM masih lagi di dalam kepeningan?

ANTARA BAHAN BACAAN UNTUK RAKAN YANG KESUNYIAN

1. Dr Maszlee Malik dan Dr Hamidah Mat (2016): Islamic Dakwah Movement (IDM) In Malaysia: The Case Of Pertubuhan IKRAM Malaysia.
2. Dr Maszlee Malik (2017): From Political Islam To Democrat Muslim: A Case Study Of Rashid Ghannouchi's Influence On ABIM, IKRAM, AMANAH And DAP.
3. Dr Maszlee Malik, Safwan Safarudin dan Dr Hamidah Mat (2018): Islamic NGO As Another Actor Of Civil Society: The Case Of Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).


Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3189232904454079

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo