oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
22 April 2020.
Beberapa hari lagi kita akan mula berpuasa. Oleh itu, kita sudah boleh mula mempraktikkan Puasa Maryam. Kisahnya disebut dalam al-Quran:
ŁَŁُŁِŁ ŁَŲ§Ų“ْŲ±َŲØِŁ ŁَŁَŲ±ِّŁ Ų¹َŁْŁًŲ§ ۖ ŁَŲ„ِŁ
َّŲ§ ŲŖَŲ±َŁِŁَّ Ł
ِŁَ Ų§ŁْŲØَŲ“َŲ±ِ Ų£َŲَŲÆًŲ§ ŁَŁُŁŁِŁ Ų„ِŁِّŁ ŁَŲ°َŲ±ْŲŖُ ŁِŁŲ±َّŲْŁ
َٰŁِ ŲµَŁْŁ
ًŲ§ ŁَŁَŁْ Ų£ُŁَŁِّŁ
َ Ų§ŁْŁَŁْŁ
َ Ų„ِŁْŲ³ِŁًّŲ§
Ertinya: "Maka makan (daripada kurma yang gugur) dan minum (daripada anak sungai yang mengalir di bawahmu) serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau (Wahai Maryam) melihat sesiapa (manusia), maka katakanlah: SESUNGGUHNYA AKU BERNAZAR UNTUK DIAM MEMBISU KERANA (ALLAH) AR-RAHMAN; (SETELAH AKU MENYATAKAN YANG DEMIKIAN) MAKA AKU TIDAK AKAN BERKATA-KATA KEPADA SESIAPAPUN DALAM KALANGAN MANUSIA PADA HARI INI" (Maryam [19:26]).
Ayat ini mengisahkan peristiwa Maryam AS yang baru melahirkan nabi Isa AS tanpa bapa atau suami. Peristiwa itu telah mengundang prasangka buruk dan celaan kaumnya (rujuk ayat 27-28 surah Maryam). Oleh itu Allah mengarahkan Maryam agar diam tidak menjawab kerana jawapannya pasti ditolak keras kaumnya. Diam beliau ini dinamakan “SAWMA” atau bermaksud “PUASA” dalam ayat di atas. Walaupun perkataan itu bermaksud puasa, ia ditafsirkan sebagai “DIAM” oleh para ulama’ kerana menurut syariat pada zaman itu, puasa mereka turut melibatkan puasa tidak bercakap (Tafsir Ibn Kathir).
Allah kemudiannya membersihkan nama Maryam berkat kepatuhannya kepada arahan tersebut. Berlaku suatu keajaiban apabila nabi Isa AS yang masih bayi berbicara membersihkan nama ibunya (rujuk ayat 30-33 surah Maryam).
Puasa Maryam bermaksud puasa tidak bercakap apabila tiada keperluan. Cakap terlalu banyak boleh menjadi peluru menembak diri sendiri. Banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada kisah ibu nabi Isa AS itu, antaranya Allah mahu mengajar kita bahawa “bukan semua” perkara perlu dijawab atau diulas. Adakalanya diam lebih baik untuk menampakkan siapa yang benar dan siapa yang kedok jiwanya memfitnah.
Puasa Maryam juga ada pada Puasa Ummat Muhammad SAW:
Ł
َŁْ ŁَŁ
ْ ŁَŲÆَŲ¹ْ ŁَŁْŁَ Ų§ŁŲ²ُّŁŲ±ِ ŁَŲ§ŁْŲ¹َŁ
َŁَ ŲØِŁِ ŁَŁَŁْŲ³َ ŁِŁَّŁِ ŲَŲ§Ų¬َŲ©ٌ ŁِŁ Ų£َŁْ ŁَŲÆَŲ¹َ Ų·َŲ¹َŲ§Ł
َŁُ ŁَŲ“َŲ±َŲ§ŲØَŁُ
Ertinya: Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap yang dusta/kotor serta mengamalkannya, maka Allah langsung tidak berhajat (tidak memerlukan) (puasanya) yang meninggalkan makan serta minumnya (Sahih al-Bukhari, hadith no 1770).
Ramadhan datang sekali setahun. Belum tentu juga Ramadhan tahun ini yang cuma jaraknya beberapa hari ini milik kita, apatah lagi tahun depan. Oleh itu, hargailah saat beberapa hari ini melatih diri kerana latihan membuahkan amal baik dalam Ramadhan nanti. Jika sebelum Ramadhan lidah serta jari jemari kita lancang lagi celupar, pasti momentum keceluparan itu sukar diperlahankan setelah masuk Ramadhan. Ya Allah! Bimbinglah kami untuk mendapat Ramadhan terbaik tahun ini tanpa nista, keji, ejek, sindir danperkara tak berfaedah.
Sumber: https://www.facebook.com/abdullahbukhari.abdulrahim/posts/10217063758851522
No comments
Post a Comment