NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mubarak syor Muhyiddin lantik tiga TPM


KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mengesyorkan kerajaan Perikatan Nasional mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan masing-masing diwakili dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Presiden Mubarak, Tan Sri Dr Abdul Aziz Rahman berkata, langkah itu mampu mencerminkan intipati ucapan pertama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berikrar menjadi pemimpin untuk semua rakyat Malaysia.

Menurutnya, ia secara tidak langsung akan memperkemaskan lagi barisan kepimpinan negara.


"Lihat Singapura negara yang kecil ada lebih kurang 5 juta penduduk, tapi ada dua TPM. Baru-baru ini sahaja tinggal satu.

"Perkara ini perlu kerana ia merupakan kesepakatan dalam kepimpinan..menunjukkan kepada orang ramai kita bersama.

"Negara kita luas. Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan entiti negeri. Jadi sangat molek sekiranya TPM datang daripada ketiga-tiga ini," katanya pada sidang akhbar selepas Retreat Mubarak Malaysia 2020 di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan agar kekosongan tempat senat diisi oleh golongan teknokrat.

"Difahamkan, ada 11 kekosongan selain daripada yang dilantik mewakili kumpulan-kumpulan seperti orang asli, orang Siam dan sebagainya.

"Berilah kepada teknokrat..orang yang tidak ada parti tetapi mewakili contohnya 'anak muda IT' seperti yang dibuat di Indonesia di mana ada seorang jutawan muda yang menjadi menteri Kabinet.

"Jadi saya harap 11 senat itu diisi dengan orang-orang yang berkaliber kalau nak beri tugas sebagai menteri atau timbalan berilah..demi melengkapkan komponen-komponen Perikatan Nasional ini," katanya.

Tambah Abdul Aziz, Retreat Mubarak Malaysia 2020 sebulat suara memuji kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menyelesaikan kemelut politik negara.

Mubarak juga menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin dan berharap mampu memperkasakan kerjasama dengan kerajaan baharu.

"Mubarak berharap kerajaan beri kerjasama dan tolong kita. Semua ahli berkobar-kobar nak berjuang tetapi tak boleh berjuang sekiranya apa yang kita nak buat ni tak diberikan sokongan dari segi peruntukan contohnya seperti program parlimen mahasiswa yang pernah dilaksanakan," katanya.

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/72513/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Mubarak-syor-Muhyiddin-lantik-tiga-TPM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo