NOTIS:
Majikan tidak boleh buang pekerja, tidak benar cuti tanpa gaji dan potong gaji pekerja
Kerajaan juga akan memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja. Dalam keadaan
yang sukar ini, saya tidak mahu lihat pekerja dibuang kerja dan hilang pendapatan.
Menerusi program ini Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.
Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020.
Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.
Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja. Langkah ini Dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.
YAB TS MUHYIDDIN YASSIN
#prihatinrakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment