1) Sebanyak 131 surat SD telah berjaya dikumpul hasil rundingan pihak PPBM dengan UMNO-PAS sejak hampir setahun lalu. Rundingan itu melibatkan TSMY dan Pak Wan selaku antara wakil PPBM serta ia direstui oleh Tun M sejak awalnya dan sentiasa dilaporkan perkembangannya dalam beberapa mesyuarat MPT selama ini.
2) Ia sebagai persediaan agar Tun mempunyai alternatif andai Mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat 21 Februari lalu mendesak Tun agar meletak jawatan serta-merta. Namun ia tidak berlaku. Seolah-olah pihak PH telah menghidu usaha tersebut.
3) Pihak UMNO pula melalui Presidennya DS Zahid Hamidi tiba-tiba meletakkan syarat baru kepada PPBM agar menerima mereka secara "en-bloc" atau jangan terima langsung dan ia perlu diterima sekarang juga, bukan ditangguhkan.
4) Menyedari pihak sebelah Anwar juga giat melobi ahli parlimen terutama dari Sabah & Sarawak, maka satu mesyuarat khas MPT PPBM telah diadakan pada hari Ahad pagi 23 Februari untuk membincangkan kewajaran PPBM keluar dari PH untuk menjatuhkan kerajaan PH bagi menghalang Anwar dari jadi PM, dan bagi membentuk PERIKATAN NASIONAL secepat mungkin.
5) Dalam mesyuarat MPT Ahad tersebut majoriti AMPT menyokong PPBM keluar dari PH namun Tun M tidak rela PPBM menerima UMNO secara "en-bloc" untuk membentuk kerajaan PERIKATAN NASIONAL. Tun M tegas dengan prinsip tidak mahu menerima para perasuah dan pesalah yang masih berjawatan dalam UMNO. Ia menyebabkan TSMY dan majoriti AMPT berada dalam dilema kerana jika PPBM terus kekal dalam PH maka sokongan Melayu terhadap PPBM akan makin merosot disebabkan sentimen anti DAP di kalangan kaum tersebut. Keputusan mesyuarat itu ialah majoriti MPT bersetuju untuk bawa keluar PPBM dari PH dan memberikan masa kepada Tun seperti yang dimintanya untuk berfikir.
(Langkah Sheraton tidak signifikan diceritakan kerana ia sekadar jemputan makan malam oleh pihak DS Azmin Ali tanpa sebarang pengumuman penting. Tun telah dijemput tetapi tidak hadir)
6) Namun keesokan harinya iaitu hari Isnin 24 Februari Tun meletak jawatan sebagai PM dan Pengerusi PPBM tanpa sebarang notis awal kepada MPT dan TSMY. Maka TSMY secara cepat mengumumkan PPBM keluar dari PH sepertimana keputusan mesyuarat MPT sehari sebelum itu bagi mengelakkan Anwar ada sokongan majoriti dan sempat ke Istana Negara untuk ditabal menjadi PM8.
7) Maka satu mesyuarat khas kecemasan MPT diadakan pada malam hari yang sama (Isnin) bagi membincangkan perkembangan politik terkini. Dalam mesyuarat tersebut, sekali lagi TSMY dan Pak Wan membuat penjelasan kronologi usaha rundingan dengan UMNO-PAS dan kewajaran untuk PPBM keluar dari PH. Syed Saddiq dan Ulya terus mempersoal langkah TSMY tersebut manakala Akhramsyah tetap bertegas mahu Tun M sebagai PM8. Mukhriz pula cuba mempertahankan kehendak ayahandanya yang hanya mahu menerima ahli UMNO secara orang perseorangan, bukan secara "en-bloc". Keadaan sedikit beremosi apabila TSMY mempertahankan tindakannya yang mahu menyelamatkan PPBM dari kehancuran serta dilema yang dihadapinya kerana bertentangan dengan prinsip Tun M. TSMY dan Pak Wan juga ada memberitahu mesyuarat tentang PLAN B iaitu UMNO-PAS boleh menerima TSMY sebagai PM8 andai Tun tidak dapat menerima UMNO. Mesyuarat tersebut tamat dengan keputusan bersama untuk menolak perletakan jawatan Tun M dan memujuk Tun sebagai Pengerusi PPBM kembali serta menyokong Tun untuk jadi PM8.
8) Keesokannya Biro Politik PPBM telah membuat kunjungan ke atas Tun dan memujuk beliau kembali sebagai Pengerusi PPBM. Tun kata akan mempertimbangkannya. Dalam waktu yang sama Tun telah dilantik sebagai PM Interim oleh YDPA. Pihak YDPA pula menitahkan untuk menemuduga setiap 222 ahli parlimen negara ini untuk menilai sokongan mereka sama ada menyokong Tun M membentuk kerajaan perpaduannya, atau memilih Anwar sebagai PM8 atau PRU. Ketika ini UMNO-PAS menarik balik sokongan mereka kepada Tun M sebagai PM8 kerana konsep kerajaan perpaduan yang ditawarkan oleh Tun tidak menepati agenda kerajaan PERIKATAN NASIONAL yang mahu ditubuhkan. PH telah mengumumkan calon PM8 mereka ialah Anwar.
9) Malangnya hasil temuduga YDPA tersebut tidak memihak kepada Tun M, manakala pihak PH (Anwar sebagai PM) mendapat 96 undi, cukup untuk membentuk kerajaan MINORITI. Manakala UMNO-PAS terus meminta agar diadakan PRU.
10) Maka TSMY dan sebahagian AMPT bersetuju untuk terus ke PLAN B iaitu membuat PERIKATAN NASIONAL dengan TSMY sebagai PM8 yang disokong oleh UMNO-PAS. Ketika ditemubual oleh media, Tun menyatakan OK jika TSMY mahu menjadi calon PM8 asalkan mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat (sila rujuk laporan media). Tun juga mengumumkan mahu sidang khas Dewan Rakyat diadakan untuk menentukan PM8 pada 2 Mac nanti. Pengumuman Tun tersebut mendapat teguran YDP Dewan Rakyat yang menyatakan hanya YDPA yang layak menitahkan sidang khas Dewan Rakyat, bukannya PM Interim.
11) YDPA mengesahkan teguran YDP Dewan Rakyat tersebut. YDPA telah memanggil Raja-Raja Melayu untuk bersidang mencari penyelesaian terbaik untuk krisis politik ini pada Jumaat 27 Februari. Dikatakan 5 orang Raja Melayu menyokong TSMY menjadi PM8 namun prosedur perlu diikuti seperti pengumpulan SD yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
12) Satu pertemuan diadakan di Yayasan Al-Bukhary, KL pada Sabtu 28 Februari antara Tun M dan semua 36 orang ahli-ahli parlimen dari PPBM untuk mencalonkan PM8 dari parti tersebut. Tun M dilihat meninggalkan pertemuan itu lebih awal kerana mahu berkecuali. Keputusannya ialah majoriti bersetuju untuk menyokong TSMY sebagai calon PM8 mewakili PPBM.
13) Ketika pihak PERIKATAN NASIONAL sedang mencukupkan SD terkini untuk membentuk kerajaan, Tun M pula kembali kepada PH setelah dipujuk anaknya Marina (sila rujuk laporan media) dan dipilih sebagai calon PM8 oleh pihak tersebut. Ketika itu propaganda TSMY adalah PENGKHIANAT kian dimainkan oleh para fanatik Tun, cytro-cytro di FB dan budak-budak Saddiq dalam ARMADA. GPS mengumumkan menyokong PERIKATAN NASIONAL.
14) Akhirnya istana negara mengumumkan bahawa YDPA berkenan melantik TSMY sebagai PM8 pada 29 Februari kerana percaya bahawa TSMY mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen. Tidak berapa lama setelah itu pihak PH pula menyatakan bahawa mereka pula yang ada majoriti ahli-ahli parlimen. Maka fitnah kononnya TSMY menipu jumlah SD mula ditularkan oleh pihak PH.
15) TSMY angkat sumpah selaku PM8 pada 1 Mac. Manakala Tun M telah tidak diterima mengadap YDPA lagi. Ketika ini Mukhriz telah keluar dari group WhatsApp MPT setelah mempersoalkan jumlah sokongan ahli-ahli parlimen dari PPBM terhadap TSMY di mana ia telah dijawab oleh TSMY dengan jelas. Tun dan Mukhriz membuat sidang media menuduh TSMY sebagai PENGKHIANAT dan kononnya TSMY telah lama mahu menjadi PM. Tun M juga menuduh Anwar sebagai gila mahu jadi PM hingga menyebabkan kerajaan PH akhirnya jatuh.
KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat seca...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment