NOTIS:
Kelantan: Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM 5 Juta sebagai Peruntukan Khas Bagi Menangani Kesan Wabak Covid-19
1. Kerajaan Negeri Kelantan memandang serius situasi penularan Wabak Covid-19 khususnya situasa semasa Negara yang terpaksa diambil langkah drastik oleh Kerajaan Malaysia dengan pengistiharan Perintah Kawalan Pergerakan dibawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 (14 Hari) bagi menyekat dan memutuskan rantaian jangkitan penularan wabak tersebut diseluruh negara termasuk Kelantan.
2. Justeru, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM 5 Juta sebagai Peruntukan Khas bagi menangani dan meringankan beban kesusahan rakyat yang kurang berkemampuan akibat kesan penularan wabak Covid-19.
3. Kaedah dan pelaksanaan akan diperincikan dan dimaklumkan kemudian.
4. Bagi kakitangan Kerajaan yang berstatus Kontrak dan Sambilan pembayaran gaji/elaun akan dibayar sebagaimana kakitangan biasa.
Sekian Terima Kasih.
Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
25 Rejab 1441H / 20 Mac 2020 M
https://www.facebook.com/144912392365553/posts/1256642781192503/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment