NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Indonesia catat kematian pertama pesakit positif COVID-19



JAKARTA, 16 Rejab 1441H, Rabu – Indonesia mencatatkan kematian pertama akibat coronavirus baharu (COVID-19).

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, mangsa adalah seorang wanita warga asing, berusia 53 tahun, meninggal dunia sekitar jam 2 pagi tadi.


Mangsa, yang merupakan kes ke-25 positif COVID-19, turut mengidap pelbagai penyakit seperti diabetis dan penyakit paru-paru.

Bagaimanapun, Achmad menegaskan penyebab kematian pesakit itu bukanlah kerana virus berkenaan tetapi virus tersebut telah memburukkan lagi keadaan pesakit itu.

Butiran terperinci mengenai mangsa tidak didedahkan ketika pengumuman disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan dari Istana Presiden hari ini.

Setakat ini, 27 kes COVID-19 di laporkan di Indonesia. – Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo