PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta peserta yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari lepas supaya segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Zulkifli berkata, ia selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).
Katanya, mereka yang berkenaan diminta menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan KKM atau Pejabat Kesihatan Daerah.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, seorang warga tempatan berusia 60 tahun disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri perhimpunan itu yang berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac lepas.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Brunei dalam kenyataannya mengesahkan kes pertama positif Covid-19 di negara itu dijangkiti ketika hadir ke satu majlis keagamaan di Malaysia.
Sehubungan itu, semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan yang dianggarkan dihadiri oleh 10,000 peserta dari beberapa buah negara.
KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat seca...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment