NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Empat Berjumlah RM300,000 Setiap DUN



Kerajaan Negeri Terengganu akan menambah RM300,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Empat untuk mengurangkan beban rakyat Terengganu yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19.

Langkah ini bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin yang melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.

Kerajaan Negeri merasakan untuk jangka masa yang lama, rakyat wajar diberi perhatian sepenuhnya terutama yang berpendapatan harian dan tidak tetap.

Antara mereka yang layak untuk menerima insentif ini ialah peniaga kecil, buruh, petani, peneroka, pemandu teksi, pengusaha beca, dan seumpamanya yang akan dikenal pasti melalui Pusat Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Saya yakin dan percaya kita mampu hadapi waktu yang genting ini secara bersama dengan kerjasama penuh daripada semua pihak terutamanya melalui pematuhan arahan pihak berkuasa.

Terus tingkatkan munajat agar segala urusan dipermudahkan dan wabak ini segera diangkat oleh Allah SWT.

“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
26 Mac 2020

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=636295263594725&id=230516164172639

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo