NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Kerajaan Negeri Umum Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Tiga Berjumlah RM960,000

Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan tambahan peruntukan bantuan barangan keperluan harian berjumlah RM960,000 di bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Tiga bagi menangani kesan wabak COVID-19 kepada golongan terjejas.

Pakej ini merupakan tambahan kepada Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Satu yang melibatkan peruntukan sejumlah RM640,000 serta Fasa Dua yang melibatkan beberapa program penangguhan dan pengecualian bayaran.

Peruntukan tambahan ini melibatkan RM30,000 di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk 600 keluarga terjejas akan dikenal pasti oleh Pusat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Keutamaan adalah kepada keluarga yang tiada gaji tetap serta tiada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Bantuan segera ini diberikan hanya kepada rakyat yang amat memerlukan berupa pakej barangan keperluan makanan harian seperti beras, sardin dan seumpamanya bagi setiap keluarga.

Kerajaan Negeri Terengganu juga akan menyelaras pakej bantuan kepada rakyat akibat wabak COVID-19 melalui beberapa fasa yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Bersama kita berdoa supaya negara segera pulih dari wabak ini seperti sedia kala.

“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
25 Mac 2020

https://web.facebook.com/DrAhmadSamsuri/photos/a.230530197504569/635736160317302/?type=3&theater

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo