Oleh: Abdul Muein Abadi
MOHON BANTUAN DOAKAN KERAJAAN KITA
1. Saya mohon seluruh rakyat Malaysia agar berdoa bersungguh-sungguh semoga kerajaan kita dapat segera membantu rakyat susah sama ada di kampung mahu pun di bandar, bantu anak-anak muda yang sedang menuntut mahu pun yang sedang mencari pekerjaan, BR1M, Baucar buku, PTPTN, pulihkan Tabung Haji, baikpulih sistem percukaian kita, pulihkan pertumbuhan KDNK kita, pulihkan pertumbuhan eksport kita, dan seterusnya menggandakan kembali aset negara.
2. Bagi mencapai hasrat ini, dua posisi utama yang memberi impak besar ke atas kesejahteraan hidup rakyat menjadi tumpuan khusus: Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi.
3. Alhamdulillah, keputusan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik teknokrat dan ahli politik yang berkaliber menjawat kedua-dua posisi berkenaan sesungguhnya menjanjikan potensi yang begitu positif.
4. Yang Berhormat Tengku Dato' Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz – bekas Ketua Pegawai Eksekutif, CEO CIMB Bank – dilantik sebagai Menteri Kewangan manakala Datuk Seri Mustapa Mohamed – seorang ahli politik yang berpengalaman dalam sektor ekonomi dan kewangan – telah diamanahkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
5. Untuk rekod, situasi ekonomi global saat ini begitu mencabar. Tidak cukup dengan impak wabak Covid-19 dan perang perdagangan Amerika-China, kejatuhan harga minyak dunia susulan tindakan Rusia yang dalam percaturan dengan Arab Saudi, OPEC dan Amerika memburukkan lagi situasi kita.
6. Maka kedua-dua Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi berdepan misi getir untuk bukan sahaja menstabilkan kedudukan kewangan dan ekonomi negara, tetapi juga untuk memastikan bahawa manfaat ekonomi dapat dinikmati segera oleh rakyat.
7. Tentulah, misi ini pastinya tidak mudah dalam keadaan kerajaan Perikatan Nasional ini baru sahaja mengambilalih kepimpinan kerajaan daripada Pakatan Harapan. Sebagai peringatan, kerajaan Pakatan dahulu yang mewarisi ekonomi negara dalam keadaan yang secara relatifnya kukuh juga tidak mampu untuk meneruskan momentum berkenaan.
8. Hal ini diperincikan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – merangkap bekas Menteri Kewangan. Untuk rekod, kerajaan BN dahulu mewariskan keadaan ekonomi seperti berikut sebelum pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018:
9. Pertumbuhan KDNK dengan kadar 5.9% (hinggakan Bank Dunia mengunjurkan Malaysia bakal mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020),
10. Kadar pertumbuhan eksport negara sebanyak 18.9%, bursa saham yang mencapai paras tertinggi dalam sejarah (April 2018),
11. Dividen KWSP yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun,
12. Defisit bajet yang menurun 8 tahun berturut-turut,
13. Rizab tunai Petronas RM176 bilion,
14. Nilai aset bersih Khazanah Nasional sebanyak RM116 bilion,
15. Nisbah hutang negara kepada KDNK pada paras 48.7%,
16. Serta penurunan kebergantungan negara kepada hasil minyak kepada 12.7% sahaja.
17. Sebaliknya, di bawah kerajaan Pakatan Harapan, hanya dalam tempoh 22 bulan sahaja ia mewariskan kerajaan Perikatan Nasional sebuah negara dengan:
18. Pertumbuhan KDNK yang paling rendah dalam tempoh 10 tahun,
19. Pertumbuhan eksport pada kadar negatif 1.9%,
20. Pasaran saham yang disifatkan tercorot apabila mengalami kejatuhan 400 mata (sebelum harga minyak merudum dan wabak Covid-19 bermula),
21. Defisit bajet dan perbelanjaan tahunan kerajaan yang jauh lebih besar,
22. Hutang langsung negara yang naik hingga RM820 bilion,
23. Petronas diturun taraf buat pertama kali dalam sejarah oleh Moody's,
24. Nilai aset bersih Khazanah Nasional yang jatuh kepada RM73 bilion,
25. Nisbah hutang negara yang naik dari 48.7% ke 53% (menghampiri had 55% yang ditetapkan dalam undang-undang),
26. Tidak ketinggalan juga peningkatan kebergantungan negara kepada hasil minyak menjadi 33%.
27. Secara khusus, tindakan kerajaan Pakatan sebelum ini yang menghapuskan cukai GST dan menggantikannya dengan SST telah mengakibatkan peningkatan kebergantungan hasil kerajaan kepada naik turun harga minyak dunia yang cukup tidak menentu.
28. Di sebalik usaha kerajaan Pakatan memperkenalkan cukai-cukai lain seperti cukai soda, cukai digital, serta levi pelepasan, namun ia tetap tidak memadai – bahkan aset-aset negara yang dijual melalui Khazanah juga tidak mampu untuk menampung kehilangan hasil daripada penghapusan GST.
29. Sama-sama kita doakan semoga Allah membantu urusan Menteri Kewangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), dan seluruh anggota kabinet kerajaan baru kita.
Amin ya Rabb.
***Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
NOTIS:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment