oleh:AHMAD MARZUK BIN SHAARY
17 Jamadil Akhir 1441 | 11 Februari 2020
Lim Guan Eng memomokkan hubungan kerjasama politik PAS dan UMNO dengan sentimen ektremis, kebencian dan jumud. Sasaran Lim Guan Eng dipercayai ditujukan kepada orang bukan Islam khususnya mereka yang berbangsa Cina. Memetik satu laporan dalam media semalam, Lim Guan Eng mendakwa Malaysia akan ditarik ke zaman gelap di bawah ‘kerajaan yang didominasi oleh orang Islam’ yang memusuhi bukan Islam sekiranya kerjasama politik Pakatan Nasional menjadi kenyataan.
Kenyataan Lim Guan Eng ini sangat berbahaya, menghasut dan boleh menimbulkan provokasi kaum yang melampau. Kenyataan ini bukan yang pertama, malah Lim Guan Eng berulang kali memainkan sentimen tersebut. Pada bulan Mac 2019 lalu, Lim Guan Eng pernah menyifatkan kerjasama politik PAS dan UMNO umpama mengisytiharkan perang terhadap orang bukan Islam. Kemudian, dalam Konvensyen Tahunan DAP Johor di Muar pada 3 November, Lim Guan Eng juga mendakwa pemerintahan yang diterajui oleh PAS dan UMNO akan menafikan hak asasi orang bukan Islam.
Ironinya, meskipun pelbagai laporan polis telah dibuat ke atasnya, tidak ada satu pun tindakan pendakwaan yang dikenakan. Lim Guan Eng terus bebas dan seolah-olah kebal dengan tindakan undang-undang. Saya mencadangkan Lim Guan Eng disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948. Perkara ini sangat serius dan tidak wajar dikeluarkan oleh seorang menteri. Lim Guan Eng mesti dipecat sebagai anggota kabinet.
Zaman gelap pernah berlaku ketika era penjajahan Tanah Melayu terutama sewaktu pengisytiharan darurat sekitar tahun 1948 hingga tahun 1960. Ia berpunca kerana sikap ganas Parti Komunis Malaya yang dikepalai oleh Chin Peng memberontak dan membunuh hampir 10,000 rakyat termasuk anggota keselamatan. Saki baki pengikut PKM masih wujud hingga hari ini. Satu lagi zaman gelap di Malaysia berlaku pada 13 Mei 1969. Adakah Lim Guan Eng lupa ucapan pemimpin DAP dan Lim Kit Siang yang berbaur provokatif dan biadap telah mencetuskan rusuhan kaum sehingga menyebabkan ratusan terbunuh?
Oleh itu, Lim Guan Eng perlu belajar semula sejarah. Jangan berterusan mencetus amarah orang Melayu Islam dengan kenyataan biadap. Rakyat bimbang dengan sikap tersebut akan menyebabkan konflik perkauman berulang kembali. Kita mesti fokus ke hadapan dan membuang sikap rasisme DAP di negara ini.
Sekian, terima kasih.
AHMAD MARZUK BIN SHAARY ialah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
š¦šš¢š£š£šš”š šš¢š š£ššš«šš¦ 1. Weekends I drive around Kuala Lumpur. 2. Sometime I drop in the shopping complexes. 3. KL...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment