NOTIS:
Tun M mahu perbaiki cara agama Islam diajar di sekolah
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, ada banyak perkara yang boleh diperbaiki dalam Kementerian Pendidikan, antaranya mengenai pembelajaran agama Islam.
Dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran YouTube The Malaya Post, pemangku Menteri Pendidikan itu berkata, pendidikan agama Islam di Malaysia di sekolah terlalu banyak memberi tumpuan kepada isu akhirat.
"Akhirat itu perlu, tetapi tidak sehingga tinggalkan bahagian kita di dunia.
"Tekanan dalam pendidikan Islam tidak terlalu bertumpu kepada cara hidup Islam, nilai-nilai hidup yang dipegang oleh agama Islam," tegas Dr Mahathir.
Selain itu, Perdana Menteri juga mahu memahami trend ibu bapa yang semakin ramai menghantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Dalam masa sama, beliau menyelar sesetengah ibu bapa yang kuat kononnya memperjuangkan bahasa Melayu tetapi tidak mengamalkannya.
Kata Dr. Mahathir, golongan ini gigih memperjuangkan bahasa kebangsaan, tetapi sanggup untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.
Pada hujung bulan lalu, Perdana Menteri menyatakan wujud beberapa masalah dalam Kementerian Pendidikan yang mahu diselesaikan selaku pemangku Menteri Pendidikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment