NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TH Hotel akan pupus, jadi nota sejarah? - Najib


BANGI, 25 Jamadilakhir 1441H, Rabu – Datuk Seri Najib Razak mempersoal alasan kerajaan Pakatan Harapan kononnya pindah milik operasi empat hotel Tabung Haji kepada pihak ketiga disebabkan tidak mendatangkan hasil.

"PH kata hotel-hotel Tabung Haji dijual kerana rugi dan tidak memberi pulangan. Tetapi semakan dari rekod SSM mendapati semua hotel-hotel itu merekodkan keuntungan pada masa BN.

"Cuma untuk tahun 2018 selepas PH ambil alih, syarikat utama TH Hotel & Residence Sdn Bhd mengalami kerugian RM5 juta akibat Hotel TH Kuching telah siap tetapi tidak dibenarkan untuk bermula operasi.

"Pada tahun 2017, syarikat TH Hotel mengumumkan keuntungan sebanyak RM103 juta – mungkin kerana bangunan-bangunan TH Hotel dinilai semula setelah 10 tahun," katanya di Facebook beliau, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengurusan TH perlu mencari cara lain untuk melaburkan wangnya bagi mendapat keuntungan.

"Sesetengah hartanah itu tidak berguna, tidak mendatangkan hasil. Ada cara lain untuk melaburkan wang bagi mendapatkan keuntungan," katanya.

Sebelum ini, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif THHR, Zulkefli Ahmad berkata, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan satu keputusan yang tidak dapat dielakkan.

Ini memandangkan operasi dan pengurusan hotel-hotel yang terlibat tersebut telah dan akan diambil alih oleh, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), dan bangunan hotel-hotel yang terlibat juga telah dipindah milik kepada UJSB.

Mengulas perkara itu, Najib yang kini masih berdepan dengan pertuduhan di mahkamah membayangkan jenama 'TH Hotel' akan pupus dan menjadi nota sejarah.

"Nak tanya PH, mana kerugian teruk TH Hotel sehingga semua hotel mereka terpaksa dijual?," soalnya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2020/02/19/th-hotel-akan-pupus-jadi-nota-sejarah-najib/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo