NOTIS:
TERKINI: Kronologi hari ke-6 kemelut politik negara
Ikuti perkembangan semasa kemelut politik Malaysia yang masuk hari keenam hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Dewan Rakyat akan mengadakan persidangan khas Isnin ini bagi memilih Perdana Menteri ke-8, dan jika masih gagal pilihan raya semula perlu diadakan.
5.55 petang: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad sah menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar jam 5.09 petang tadi.
5.40 petang: Seramai 10 bekas Ahli Parlimen PKR yang diketuai Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkuat kuasa hari ini.
Sumber dalaman parti mengesahkan perkara itu, yang mana Ahli Parlimen berkenaan turut bersetuju dengan pencalonan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri kelapan yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
5.16 petang: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah mendapat jumlah pencalonan terbesar dari kalangan Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan petang ini, menyebut, ini berdasarkan proses menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dibuat tempoh hari.
5.15 petang: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa meletakkan kesiapsiagaan di tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan krisis politik yang melanda negara.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata ketika ini, pihaknya meningkatkan operasi dan kawalan keselamatan di beberapa kawasan tertentu termasuk sempadan negara.
5.13 petang: Polis membuka satu kertas siasatan semalam, berhubung kenyataan palsu membabitkan kemelut politik negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata siasatan kes itu akan dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
5 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 di Istana Bukit Serene, hari ini
4.25 petang: Mesyuarat Ahli Dewan Rakyat BERSATU putuskan untuk calonkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 bagi diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
4.20 petang: Yang di-Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu, menurut kenyataan Istana Negara sebentar tadi. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660296/agong-belum-pe...
3.50 petang: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dilihat beredar dari Istana Negara.
Mereka dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memberi taklimat situasi keselamatan negara. Abdul Hamid dan Affendi turut mengadakan sidang media hampir 10 minit di luar pekarangan istana sebelum meninggalkan kawasan itu.
3.13 petang: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di Hotel Eastin untuk mesyuarat PH. - BERNAMA
2.52 petang: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu tiba di Hotel Eastin untuk mesyuarat PH. - BERNAMA
2 petang: Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini, kata Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof. Dalam satu kenyataan, beliau berkata surat pemakluman memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditandatangani Perdana Menteri Interim tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli pemberitahuan usul lengkap. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660244/tiada-mesyuara...
1.00 tengah hari: Mesyuarat khas BERSATU di Yayasan Al-Bukhary selesai.
11.15 pagi: Kenderaan membawa Sultan Kedah tiba di Istana Negara. - BERNAMA
10.50 pagi: Kenderaan yang membawa Sultan Selangor dilihat memasuki pintu utama Istana Negara. - BERNAMA
10.40 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tarik balik sokongan kepada Tun Dr Mahathir, berikutan hilang sokongan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.
10.10 pagi: Beberapa bekas pemimpin PKR seperti Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Zuraida Kamaruddin turut dilihat hadir dalam mesyuarat khas BERSATU di Yayasan Al Bukhary.
9.28 pagi: Kenderaan rasmi dari Istana Johor dilihat memasuki pintu utama Istana Negara dipercayai membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air dijangka bermula 11.30 pagi. - BERNAMA Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660194/raja-raja-mula...
9.12 pagi: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU tiba di Yayasan Al Bukhary untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen parti itu. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660172/dr-m-jumpa-ahli-parlimen-bersatu
Dr Mahathir tiba di Yayasan Al-Bukhary untuk menghadiri mesyuarat khas BERSATU, pagi tadi. -NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660195/terkini-kronologi-hari-ke-6-kemelut-politik-negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment