NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Segerakan Pakej Rangsangan Ekonomi; Zaman ‘Blame Game’ Sudah Berakhir!

oleh: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
13 Februari 2020

1. Prestasi pengurusan ekonomi negara di bawah Kerajaan PH ternyata makin meruncing apabila kadar pertumbuhan KDNK negara yang diumumkan Bank Negara Malaysia bagi suku ke-4 tahun 2019 iaitu 3.6%, yang menjadikan pertumbuhan KDNK untuk keseluruhan tahun 2019 ialah 4.3%.

2. Prestasi ini adalah jauh di bawah andaian asal Lim Guan Eng sebanyak 4.9% semasa umum bajet 2019 dan juga di bawah ramalan 4.7% semasa dia umum bajet 2020. Juga terburuk dalam tempoh sedekad.

5 KESAN BESAR daripada pengumuman terbaru ini termasuklah:

(a) Penurunan keyakinan dari pengguna dan pelabur pada ekonomi Malaysia tahun 2020.

(b) Pengguna dan pelabur akan mengambil sikap berhati-hati untuk berbelanja dan pelabur tidak berminat untuk melabur di Malaysia.

(c) Pengurangan permintaan domestik disebabkan pengguna berjaga-jaga dengan perbelanjaan mereka akan melembabkan lagi ekonomi negara pada tahun 2020 dimana saiz pekerja mungkin dikurangkan disebabkan pihak swasta ingin mengurangkan bebanan kos operasi. Kitaran negatif akan menyebabkan Malaysia akan terkesan teruk sekiranya tiada ransangan ekonomi dilaksanakan.

(d) Penurunan pelaburan bermakna tiada penciptaan pekerjaan baharu dan tiada pelaksanaan teknologi baharu di Malaysia sekaligus tidak meningkatkan produktiviti negara.

(e) Cabaran wabak Novel coronavirus akan memberi kesan pada sektor perlancongan pada suku pertama tahun 2020, di mana pada tahun 2019 dalam tempoh yang sama menyumbang kutipan mencecah RM21.44 bilion di mana China dan Singapura menyumbang masing-masing hampir RM3.7 bilion dan RM6.17 bilion. Pengurangan pelancong dari China dan Singapura sudah pasti berlaku seperti yang dijangka oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

3. Justeru, Kerajaan PH harus segera melaksanakan dasar ransangan fiskal melalui projek-projek infrastruktur bagi meransang ekonomi melalui penciptaan pekerjaan yang bergaji tinggi dan menggalakkan perbelanjaan domestik.

4. Lim Guan Eng juga tidak harus bergantung kepada dasar monetari sahaja untuk meransang ekonomi kerana OPR telah diturunkan 2 kali sejak PH mengambil alih Putrajaya.

5. Malah strategi menyalahkan segala-galanya kepada Kerajaan BN terdahulu juga harus segera dihentikan agar fokus lebih tersasar untuk memperbetulkan strategi pengurusan ekonomi PH yang setakat ini ternyata GAGAL!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo