oleh:Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam
Kadang-kadang saya tak faham dengan pemimpin-pemimpin kita. Mereka mahu rakyat maju macam Jepun, Korea, Jerman dan Russia. Tapi mereka tidak mahu contohi negara-negara tersebut dalam mendaulatkan bahasa ibunda.
Takkan mereka tak tahu bahawa negara-negara tersebut jadi maju sebab jati diri rakyatnya tinggi dan antara sebab jati diri rakyat tinggi adalah kerana pendaulatan bahasa dan budaya di samping penghayatan pada sejarah tanah air yang tinggi.
Bangsa-bangsa tersebut yakin bahasa mereka mampu mendunia walaupun jumlah penutur bahasa mereka jauh lebih sedikit berbanding penutur bahasa Melayu. Contohnya bahasa Korea dan Jepun.
Keyakinan pada diri yang tinggi dalam membangunkan kemajuan teknologi terbit dari keyakinan yang tinggi pada nilai-nilai budaya mereka yang sudah tentu termasuk keyakinan pada kemampuan bahasa mereka.
Kenapa kita tidak belajar bagaimana negara-negara yang mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka ini menjadi maju dalam sains dan teknologi tanpa bergantung dengan bahasa Inggeris?
Negara kita, di saat papan iklan pun banyak yang berbahasa asing tanpa menggunakan bahasa kebangsaan dan ramai warganegara yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, masih lagi mahu laksanakan PPSMI.
Mana jati diri kita? Sampai bila lagi kita mahu terus meremehkan bahasa kebangsaan?
Perkukuhkanlah dulu bahasa kebangsaan. Jika seluruh rakyat fasih berbahasa kebangsaan, jurang perkauman dapat lebih dirapatkan, jati diri dapat ditingkatkan dan insya Allah kemajuan dapat dibina.
Jawapan Parlimen. 1. Parlimen, medan untuk sekalian (wakil) rakyat berbahas dan bertanya. 2. Setiap perbahasan dan pertanyaan, h...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment