NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Robert Of St Alban : Dari Pahlawan Salib Menjadi Pahlawan Salahuddin Al Ayyubi

Oleh:Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam.



Ini Istana Windsor, istana utama England dan pusat gerakan perang Salib England pada abad ke-12. Salah seorang panglima perang Salib England di bawah pimpinan Raja Henry II, Robert of St Alban telah diutuskan ke Jurusalem untuk menghadapi angkatan tentera Islam di timur tengah di bawah pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi.

Namun ditakdirkan Allah, Robert of St Alban telah mendapat hidayah lalu memeluk Islam. Dikatakan beliau tertarik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh orang-orang Islam.

Setelah memeluk Islam, Robert of St Alban diangkat oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi menjadi salah seorang panglima angkatan tentera Islam. Beliau kemudiannya dikahwinkan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi dengan anak saudara baginda.

Robert of St Alban akhirnya gugur mati syahid dalam peperangan menentang tentera Salib Eropah di Jurusalem.

Ketika Robert of St Alban memeluk Islam, agama ini sangat asing di England. Kini dakwah Islam tersebar pesat di England. Semalam saya solat Maghrib di East London Mosque, masjid penuh seperti solat Jumaat. Seronok pula melihatnya. Datuk Bandar London sekarang juga dikatakan beragama Islam.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo